Masa yang ditunggu peminat Redmi telah tiba kerana Redmi K50 Gaming Edition atau K50 e-sports version kini rasmi dilancarkan. Secara tidak langsung, ia merupakan pengganti bagi Redmi K40 Gaming Edition.
Peranti ini dilengkapi skrin seluas 6.67 inci FHD+ berpanelkan AMOLED. Turut menyokong kadar segar semula 120Hz, HDR10+, DCI-P3 dan MEMC. Paparan yang dilindungi kaca Gorilla Victus ini juga menerima penarafan A+ oleh DisplayMate.
Cip Snapdragon 8 Gen 1 ditugaskan untuk menguasakan Redmi K50 ini dan bersamanya juga dipadankan memori sehingga 12GB RAM LPDDR5 dan storan dalaman sehingga 256GB UFS 3.1.
Disebabkan prestasi serta suhu cip tersebut agak ‘liar’, Xiaomi menggunakan sistem penyejukan dual vapor chambor (VC) baharu agar suhunya lebih optimum.
Dari segi fotografi, tidak banyak perbezaan berbanding pendahulunya. Terdapat 3 lensa belakang yang terdiri 64MP utama, 8MP ultra-lebar dan 2MP telemakro serta 20MP lensa swafoto.
Bekalan bateri 4700mAh diberikan bersama kelajuan mengecas sehingga 120W. Turut hadir pembesar suara yang ditala JBL, getaran paksi-X CyberEngine, pengimbas cap jari di sisi peranti, NFC, Wi-Fi 6, inframerah dan butang bahu magnetik 2.0.
Tambahan lagi, terdapat juga edisi khas Mercedes-AMG Petronas F1 buat Redmi K50 Gaming Edition ini.
Didatangkan dengan pilihan warna biru, hitam dan perak termasuk edisi Mercedes-AMG. Harga jualannya pula ialah:
- 8/128GB – 3299 yuan (~RM2180)
- 12/128GB – 3599 yuan (~RM2378)
- 12/256GB – 3899 yuan (~RM2577)
- 12/256GB (Mercedes-AMG) – 4199 yuan (~RM2775)
Seperti biasa, siri Redmi K50 Gaming Edition ini terhad buat pasaran China sahaja. Sama-sama kita harapkan ia ditawarkan di Malaysia juga.
Sumber: redmi weibo
Foto utama: Ice Universe
Baca juga:
-
KTMB Tawarkan Diskaun Pakej Keluarga Malaysia Bermula 14 Februari 2022
-
Siri RedMagic 7 Akan Dilancar, Ada Cip ‘Gaming’ Khas Dan Kamera Bawah Skrin