Telefon Terbaik Bawah RM2000 Setakat April 2022

Jika pada tahun lepas, kita dapat melihat bahawa telefon-telefon popular bawah kategori ini adalah realme GT Neo 2, POCO F3, POCO X3 GT, Xiaomi 11T dan 11T Pro. Secara keseluruhan, peranti Xiaomi adalah peranti yang menguasai kategori ini. Tetapi bagaimana pula kali ini?

Sebelum ini, kami ada menyenaraikan 5 telefon terbaik yang anda boleh dapatkan dengan harga bawah RM1500. Kali ini, kami ingin menyeraikan pula 5 telefon terbaik dengan harga bawah RM2000 setakat bulan April ini.

Samsung Galaxy A53


Samsung telah melancarkan 3 model siri Galaxy A mereka bulan lalu. Dijual dengan harga permulaan RM1499, Galaxy A33 berjaya tersenarai untuk telefon terbaik bawah RM1500. Oleh itu, Galaxy A53 semestinya turut mampu untuk berada dalam senarai juga.

Untuk spesifikasi, Galaxy A53 ini dikuasakan dengan Exynos 1280 5G  yang didakwa lebih berkuasa daripada Snapdragon 720G dan yang sudah pasti menyokong rangkaian 5G.



Dipadankan dengan 8GB RAM dan 256GB storan, peranti ini mempunyai fungsi RAM Plus untuk menambah RAM maya sehingga 6GB RAM. Skrin yang digunakan adalah jenis Super AMOLED FHD+ bersaiz 6.5 inci dengan kadar segar semula 120Hz.

Pada bahagian kamera pula, ia hadir dengan 4 sistem kamera iaitu 64MP utama, 12MP ultra lebar, 5MP depth dan makro serta 32MP kamera swafoto.

Bateri yang dimuatkan adalah 5,000mAh dengan pengecasan pantas 25W. Malangnya tiada palam pengecasan dibekalkan dalam kotak.

Fungsi lainnya pula adalah ia mempunyai penarafan kalis air dan debu IP67 serta mempunyai tetapan pembesar suara stereo dengan sokongan Dolby Atmos.

Samsung Galaxy A53 ini didatangkan dengan 4 pilihan warna iaitu Awesome White, Awesome Black, Awesome Peach dan Awesome Blue. Harga jualan bagi peranti ini adalah RM1849.

Untuk beli, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Redmi Note 11 Pro+ 5G


Xiaomi telah melancarkan 4 model Redmi Note 11 di Malaysia pada bulan Februari yang lalu. Kemuadiannya, satu lagi model siri Redmi Note 11 diperkenalkan iaitu Redmi Note 11 Pro+.

Jika hendak dibandingkan dengan Redmi Note 11 Pro 5G, peranti ini hanya mempunyai sedikit perbezaan sahaja iaitu pada bahagian bateri dan kamera.

Redmi Note 11 Pro+ ini menggunakan bateri yang lebih kecil iaitu 4500mAh namum menyokong pengecasan yang lebih pantas iaitu 120w. Dengan pengecasan ini, peranti ini mampu mengecas penuh dalam masa 15 minit sahaja.



Perbezaan seterusnya adalah pada bahagian kamera. Redmi Note 11 Pro+ ini menggunakan 3 sistem kamera iaitu 108MP utama, 8MP ultra lebar dan 2MP makro. Pada Redmi Note 11 Pro 5G pula, lensa 2MP makro ini diganti dengan 2MP telefoto. Kamera swafoto masih lagi sama iaitu 16MP.

Spesifikasi lainnya pula adalah ia dijana dengan MediaTek Dimensity 920 5G dengan 8GB RAM/256GB storan.

Skin yang digunakan adalah 6.67 inci jenis Super AMOLED dengan kadar segar semula 120Hz. Pembesar suara jenis stereo yang di"tuned" oleh JBL.

Redmi Note 11 Pro+ ini dijual dengan harga RM1599 untuk varian 8GB+256GB storan manakala RM1499 pula untuk varian 8GB+128GB storan.

Jika berminat, anda boleh beli dengan klik pada pautan di bawah:

realme 9 Pro+


realme 9 Pro+ ini adalah salah sebuah peranti yang menjadi pesaing dekat dengan Redmi Note 11 Pro+. Hal ini kerana, spesifiskasi yang ditawarkan adalah berbaloi dengan harganya.

Yang menguasakan peranti ini adalah MediaTek Dimensity 920 5G dengan 8GB RAM/256GB storan. Skrin yang digunakan adalah 6.4 inci jenis Super AMOLED dengan kadar segar semula 90Hz.

Kapsyen: Spesifikasi realme 9 Pro+


realme 9 Pro+ ini juga memfokuskan pada fotografi. Disebabkan itu, kamera utama peranti ini dilengkapkan dengan lensa 50MP IMX766 dari Sony. 2 lensa lagi adalah 8MP ultra lebar dan 2MP makro. Lensa swafoto yang digunakan pula adalah 16MP.

Bateri yang didatangkan pada peranti ini berkapasiti 4500mAh dengan sokongan pengecasan pantas 60W. Selain daripada itu, peranti ini juga mempunyai pembesar suara stereo dan menggunakan pengimbas cap jari bawah skrin.

Apa lagi yang menarik, peranti ini turut disertakan dengan sistem penyejukan Vapor Chamber Cooling System. Untuk main game, memang tiada masalah.

Terdapat 3 pilihan warna bagi realme 9 Pro+ ini iaitu Midnight Black, Aurora Green dan Sunrise Blue. Harga jualannya adalah RM1,599. Untuk beli, anda boleh klin pautan  di bawah ini:

OPPO Reno 7 5G


OPPO Reno 7 5G ini telah dilancarkan pada bulan Februari yang lalu. Walaupun spesifikasi yang ditawarkan sedikit berbeza dengan pasaran China, namun spesifikasi masih menarik untuk berada dalam kategori ini.

Peranti ini dikuasakan dengan cipset MediaTek Dimensity 900 bersama 8GB RAM/256GB storan. OPPO turut menyertakan fungsi penambahan RAM maya sehingga 5GB RAM menjadikan 12GB RAM secara keseluruhan.



Hadir dengan skrin 6.4 inci AMOLED FHD+, ia juga menyokong kadar segar semula 90Hz. Kamera belakang merangkumi 64MP lensa utama, 8MP ultra lebar, dan 2MP makro. Manakala kamera swafoto pula menggunakan lensa 32MP.

Bateri yang disumbatkan berkapasiti 4500mAh dengan sokongan pengecasan pantas 65W SuperVOOC. Ciri lainnya, OPPO Reno 7 ini menggunakan pengimbas cap jari bawah skrin.

Terdapat 2 pilihan warna untuk model Reno 7 5G ini iaitu Starry Black dan Startrails Blue. Peranti ini dijual dengan harga RM1999. Untuk beli, anda boleh klik pada pautan di bawah:

vivo V23 5G


vivo V23 ini terkenal kerana menjadi peranti pertama yang hadir dengan panel belakang yang boleh bertukar warna. Ia bertukar warna berdasarkan dengan suhu yang dipantulkan pada panel ini.

Seperti biasa, peranti vivo ini direka dengan memfokuskan pada fotografi. Kameryang digunakan adalah 64MP kamera utama, 8MP ultra lebar dan 2MP makro.

Pada bahagian hadapan pula, ia menggunakan lensa 50MP swafoto. Yang menariknya, pada bahagian hadapan ini terbinanya 2 LED untuk pencahayaan yang lebih baik ketika berswafoto.



Selain daripada itu, vivo V23 ini dikuasakan dengan cip pemprosesan MediaTek Dimensity 920 5G dengan 12GB RAM/256GB storan.

Hadir dengan skrin bersaiz 6.44 inci jenis AMOLED dengan kadar segar semula 90Hz. Bateri yang dimuatkan berkapasiti 4200mAh dengan pengecasan pantas 44W.

Terdapat 2 pilihan warna iaitu Sunshine Gold dan Stardust Black. Harga jualannya adalah RM2099. Namun anda anda boleh dapatkan dengan harga yang lebih murah iaitu RM1879.

Untuk beli boleh klik pautan yang tersedia:

Jadi, itulah dia 5 peranti terbaik yang anda boleh dapatkan buat masa ini. Mana satu yang menjadi pilihan anda? Boleh kongsikan di ruangan komen dibawah.

Baca juga:

Berkaitan