POCO F3 GT Dijangka Akan Dilancarkan Pada Awal Ogos Ini

POCO F3 GT sudah pun diacah melalui Twitter rasmi POCO India pada Mei yang lalu dan dikatakan akan dilancarkan pada suku ketiga tahun ini.

Terbaru, 91mobiles melaporkan yang mana ia dijangka diumumkan pada seawal Ogos ini. Melaluinya, mungkin POCO akan mengacah lagi sedikit demi sedikit dalam bulan ini.

Peranti tersebut dikatakan dijenamakan semula dari telefon gaming Redmi K40. Imbas kembali spesifikasinya, ia dikuasakan cip Dimensity 1200, skrin 6.67 inci OLED 120Hz, memori hingga 12GB RAM serta bateri 5000mAh dan 67W pengecasan pantas.

Apabila ia dilancarkan kelak, berkemungkinan besar telefon ini menjadi peranti gaming yang paling mampu milik kerana Redmi K40 gaming dijual pada harga bermula ~RM1264 di China.

Sumber: 91mobiles

Baca juga - POCO F3 Rasmi Dilancarkan, Ini Harga Untuk Pasaran Malaysia

Baca juga - POCO M3 Pro 5G Rasmi, Telefon 5G Termurah Di Malaysia

Baca juga - Lagi Dakwaan Telefon Yes Meletup