Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
redmi k40 wide

Telefon Gaming Pertama Redmi Dilancarkan, Harga Mampu Milik

Diterbitkan April 28, 2021 · Dikemas kini April 28, 2021 oleh Amsyar Latif

Sejak awal tahun lagi, Redmi sudah mengesahkan akan kehadiran telefon gaming pertama mereka yang mana dikuasakan cip Dimensity 1200. Kini, Redmi K40 Game Edition akhirnya rasmi dilancarkan di China.

Seperti pesaingnya, telefon tersebut sarat dengan ciri-ciri dan penampilan yang dimahukan bagi peminat permainan mudah alih.

redmi k40 collection

Ia dilengkapi paparan 6.67 inci OLED dengan kadar penyegaran 120Hz dan input sentuh 480Hz. Turut hadir warna 10-bit, HDR10+ dan juga format DCI-P3.

redmi k40 game display

Bateri tidak begitu besar berbanding pesaingnya, iaitu hanya 5000mAh dan menyokong pengecasan pantas 67W. Di dalam juga menawarkan padanan memori dari 6GB RAM hingga 12GB RAM. Sementara pilihan storan adalah 128GB atau 256GB.

Pada luarannya, ia mempunyai butang fizikal pada sisi peranti, seakan siri Black Shark 4. Bahagian belakang, terdapat tiga lensa dimana – 64MP utama, 8MP ultra lebar dan 2MP makro.

redmi k40 JBL

Tambahan lagi, sistem pembesar suara yang hadir pada peranti ini ditala oleh JBL. Bahkan, pengguna juga dapat menikmati audio Hi-Res dan Dolby Atmos.

Dari segi harga, boleh dikatakan amat mampu milik walaupun buat masa sekarang ia terhad untuk pasaran China sahaja. Berikut adalah harga jualannya:

  • 6GB/128GB – ¥1999 (~RM1264)
  • 8GB/128GB – ¥2199 (~RM1391)
  • 8GB/256GB – ¥2399 (~RM1517)
  • 12GB/128GB – ¥2399 (~RM1517)
  • 12GB/256GB – ¥2699 (~RM1707)

redmi k40 bruce lee

Selain itu, terdapat juga edisi khas yang dinamakan Bruce Lee special edition yang tampil dengan panel belakang berwarna serta aksesori berwarna kuning dan konfigurasi memori 12/256GB dengan harga ¥2799 (~RM1770)

Sumber: gsmarena

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY