Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Poco C3 Kini Rasmi – Hadir Dengan Spesifikasi Seperti Redmi 9C

Poco C3 Kini Rasmi – Hadir Dengan Spesifikasi Seperti Redmi 9C

Diterbitkan Oktober 6, 2020 oleh Meor Hasyim

Poco di pasaran luar Malaysia berbeza dengan di sini kerana ada model yang tidak dibawa masuk untuk pasaran tempatan seperti Poco X2 dan juga Poco M2.

Hari ini, Poco telah memperkenalkan sebuah lagi model kelas permulaan iaitu Poco C3. Namun begitu, ia hanyalah sekadar klon Redmi 9C disebabkan penawaran spesifikasi yang sama.

Poco C3 Kini Rasmi – Hadir Dengan Spesifikasi Seperti Redmi 9C

 

 

 

Poco C3 menawarkan skrin berukuran 6.53 inci HD+ IPS LCD dengan takuk kecil memuatkan lensa swafoto 5MP.

Untuk kamera belakang pula, terdapat 3 lensa kamera 13MP utama, 2MP depth, dan 2MP makro.

Cip yang digunakan adalah MediaTek Helio G35 dengan 3GB/4GB RAM dan storan dalaman 32GB/64GB berserta sokongan microSD.

Kapasiti bateri pula 5,000mAh dengan pengecasan 10W. Poco C3 ini hanya dijual di pasaran India sahaja buat masa ini bermula INR 7,499 (~RM424).

Seperti mana kebanyakan telefon-telefon Poco yang dilancarkan di India, kemungkinan besar ia tidak akan dibawa masuk ke Malaysia.

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY