Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
xiaomi civi

Xiaomi Civi Dilancarkan, Fokus Kemampuan Gambar Swafoto

Diterbitkan September 28, 2021 oleh Amsyar Latif

Xiaomi semalam melancarkan sebuah telefon siri terbaru mereka, iaitu Xiaomi Civi yang merupakan pengganti bagi siri Xiaomi CC. Secara keseluruhan, peranti ini tampil dengan rekaan segar dan memfokuskan kamera swafoto.

Xiaomi Civi hadir dengan skrin 6.55 inci dengan panel OLED FHD+ yang menyokong kadar penyegaran 120Hz, input sentuh 240Hz, warna 10-bit, HDR10+ dan Dolby Vision.

Screenshot 2021-09-28 at 9.11.53 AM

Turut menempatkan kamera swafoto 32MP dengan autofokus. Xiaomi mengatakan kameranya mampu memberikan hasil gambar yang lebih semula jadi.

Screenshot 2021-09-28 at 9.11.35 AM

Sementara kamera belakangnya pula, modul kamera umpama peranti vivo itu terdapatnya kamera utama 64MP (tiada OIS) bersama padanan 8MP ultra lebar dan 2MP makro.

Selain itu, telefon tersebut dikuasakan cip pemprosesan Snapdragon 778G dengan konfigurasi memori hingga 12GB RAM dan storan dalaman 256GB. Bekalan bateri sebesar 4500mAh dengan kelajuan mengecas sehingga 55W dan juga terbina pembesar suara stereo Dolby Atmos dan sokongan Hi-Res.

Xiaomi Civi dijual pada tanda harga bermula 2599 yuan (~RM1685) dan seperti biasa, terhad buat pasaran China terlebih dahulu.

Sumber: xiaomi

Baca juga:

  • Airbus Mendedahkan Kereta Terbang Generasi Terbaru CityAirbus NextGen
  • HONOR 50 Bakal Dilancarkan Di Malaysia Bulan Hadapan
  • Menteri Lithuania Mengesyorkan Pengguna Di Negara Itu Membuang Telefon Pintar China

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY