PM: Sempadan Malaysia Akan Dibuka Tak Lama Lagi

Pada 5 Mac baru-baru ini, Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob, mengesahkan sempadan negara Malaysia akan dibuka tidak lama lagi.

Katanya, ini akan membolehkan rakyat Malaysia untuk meluangkan masa bersama keluarga bagi menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri kelak.

Dilaporkan kerajaan masih dalam proses untuk melaksanakan Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) melalui darat dengan Brunei dan Thailand, bagi membolehkan perjalanan pergi dan balik Malaysia dengan kedua-dua negara ini.

Usaha ini juga selaras dengan VTL sedia ada dengan Singapura serta Indonesia yang masih dalam perancangan.

Sejak 21 Januari tahun ini, kerajaan telah melaksanakan VTL dengan Singapura melalui udara dan darat untuk memulihkan sektor ekonomi dan pelancongan, terutamanya di Johor di samping memudahkan penyatuan semula keluarga yang terpisah akibat pandemik Covid-19.

Mereka ini juga sudah tidak perlu menjalani kuarantin wajib di rumah selepas menjalani dua ujian saringan kesihatan - yang pertama sewaktu meninggalkan Singapura dan ujian kedua sewaktu tiba di Malaysia.

Sempadan Malaysia Kapsyen: Menteri Pelancongan, Kesenian, dan Kebudayaan, Datuk Seri Nancy Shukri. Sumber: The Star


Terbaru, menurut Menteri Pelancongan, Kesenian, dan Kebudayaan, Datuk Seri Nancy Shukri, laluan darat antara Malaysia dan Singapura melalui Tambak Johor dan Laluan Kedua akan dibuka serentak dengan pembukaan sempadan negara.

Sementara itu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaludin berkata Perdana Menteri Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob dijangka akan mengumumkan tarikh pembukaan semula sempadan pada minggu hadapan.

Sumber: The Star

Baca juga: