Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
tanjung malim

PM: Tanjung Malim Berpotensi Menjadi Hab Automotif Di Rantau ASEAN

Diterbitkan April 13, 2022 ยท Dikemas kini April 13, 2022 oleh Nadiah Ab

DRB-Hicom Bhd secara rasminya melancarkan pelan pembangunan Automotive Hi-Tech Valley (AHTV) di Tanjung Malim semalam.

Pelancaran ini menjadi tanda permulaan bagi projek mega berimpak tinggi dengan memfokuskan kepada sistem dan teknologi baharu dalam industri automotif global.

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata pembangunan ini mampu menarik pelabur asing terutama dari China dan negara lain kerana ia berpotensi memperkukuh ekosistem automotif di kawasan yang luas.

Beliau berkata, AHTV di Tanjung Malim ini nanti boleh menjadikan Malaysia antara lain hab automotif yang hebat di rantau ini.

Tambahnya lagi, Tanjung Malim akan menyaksikan limpahan ekonomi daripada aktiviti projek pembangunan AHTV yang dijangka menawarkan 370,000 pekerjaan semasa pembinaan dan 160,000 pekerjaan apabila ia beroperasi.

Menurut Ismail Sabri, pembangunan AHTV telah dicadangkan lebih 10 tahun lalu untuk memperkasakan operasi pembuatan PROTON dari Shah Alam, Selangor ke Tanjung Malim, supaya lebih berpusat dan dapat meningkatkan produktiviti.

Beliau berharap pelancaran AHTV akan menjadi penanda aras kepada satu lagi pembangunan negara berimpak tinggi dan memacu kejayaan negara secara holistik.

Sumber: BERNAMA

Baca juga:

  • Ubat Antiviral COVID-19 Sudah Tiba Di Malaysia
  • Jenayah Lain Menurun Tapi Jenayah Siber Mencanak Naik Di Malaysia
  • Ribut Tropika Megi Diramal Bakal Melanda Beberapa Kawasan Perairan Di Malaysia – MET Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
©2026 WISER.MY