Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Ribut Tropika Megi Diramal Bakal Melanda Beberapa Kawasan Perairan Di Malaysia – MET Malaysia

Ribut Tropika Megi Diramal Bakal Melanda Beberapa Kawasan Perairan Di Malaysia – MET Malaysia

Diterbitkan April 11, 2022 · Dikemas kini April 11, 2022 oleh ariff bukhari

Jabatan Metereologi Malaysia (MET Malaysia) hari ini memaklumkan bahawa Ribut Tropika (MEGI) berada kira-kira 144 km ke barat laut Surigao City, Filipina atau 950 km ke timur laut Sandakan, Sabah.

Kedudukan itu adalah setakat jam 9.00 pagi tadi.

MET Malaysia menyatakan, ribut tropika yang hampir pegun ini mampu mencapai kelajuan angin maksimum 65 km/j.

Keadaan ini sekaligus boleh menyebabkan angin kencang di kawasan perairan Sabah.

Sehubungan itu, MET Malaysia telah mengeluarkan Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora Kategori Pertama di kawasan perairan timur Condore, Reef North, Layang-Layang, Labuan, Palawan, Sulu berkuat kuasa sehingga 11 April 2022.

ribut metmalaysia

MET Malaysia menasihatkan  penduduk yang berada di kawasan terlibat untuk lebih peka. MET Malaysia juga akan mengemas kini maklumat status terkini Ribut Tropika Megi setiap 3 jam.

Maklumat terkini berkaitan perkara ini boleh diperoleh melalui laman web dan aplikasi mudah alih myCuaca. Orang awam juga boleh menghubungi talian hotline MET Malaysia bagi sebarang pertanyaan lanjut.

Sumber: MET MALAYSIA

Baca juga:

  • METMalaysia Lancarkan Aplikasi Cuaca Mudah Alih Baharu

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
©2026 WISER.MY