Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ubat covid-19

Ubat Antiviral COVID-19 Sudah Tiba Di Malaysia

Diterbitkan April 12, 2022 ยท Dikemas kini April 12, 2022 oleh ariff bukhari

Ketua Pengarah Kesihatan di Kementerian Kesihatan Malaysia, Dato’ Dr. Noor Hisham bin Abdullah memaklumkan, sejumlah 48,000 stok ubat PAXLOVID telah selamat sampai di Pharmaniaga Logistic Sdn Bhd.

Ubat itu disyorkan untuk merawat pesakit COVID-19 dewasa berumur 18 tahun dan ke atas yang tidak memerlukan terapi oksigen dan pesakit yang berisiko tinggi untuk mendapat gejala COVID-19 yang teruk.

Beliau menjelaskan, ubat tersebut bukan bertujuan untuk digunakan sebagai pengganti kepada vaksinasi COVID-19 atau pengganti kepada tindakan kesihatan awam untuk mengelakkan daripada dijangkiti COVID-19.

Ubat COVID

Sebaliknya, penggunaan PAXLOVID ini adalah sebagai salah satu lagi senjata untuk melawan COVID-19.

Beliau menyatakan, PAXLOVID berperanan sebagai ubat antiviral untuk aspek rawatan COVID-19 tahap ringan dan sederhana.

Ia diberikan segera kepada pesakit selepas mereka didapati positif COVID-19 dan dalam tempoh masa 5 hari gejala bermula untuk keberkesanan optima.

Sumber: Noor Hisham Abdullah

Baca juga:
  • Patuhi Protokol Kesihatan COVID-19 Ini Jika Status Anda Adalah Kontak Rapat
  • Ikuti Protokol Kesihatan COVID-19 Ini Jika Anda Berstatus Kontak Kasual
  • 2 Kit Ujian Kendiri COVID-19 Ini Dibatalkan Pihak Berkuasa Peranti Perubatan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY