Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Tokyo_Business Today

Tokyo Lancar Aplikasi AI Untuk Cari Jodoh, Tingkatkan Kadar Kelahiran

Diterbitkan September 30, 2024 ยท Dikemas kini September 30, 2024 oleh Amalina Athman

Kerajaan Tokyo melancarkan aplikasi janji temu yang menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk menjodohkan individu yang serius tentang perkahwinan berdasarkan nilai mereka.

Tokyo Enmusubi, yang bermaksud jodoh Tokyo, tersedia untuk pengguna berumur lebih 18 tahun yang tinggal atau berulang-alik ke ibu kota Jepun.

Pengguna perlu menjalani temu duga dalam talian semasa pendaftaran, dan mesti mengemukakan foto pengenalan diri, dokumen yang membuktikan pendapatan serta status bujang secara sah untuk memastikan keselamatan di platform itu.

Langkah itu adalah sebahagian daripada usaha yang lebih meluas untuk meningkatkan kadar kelahiran di Jepun yang semakin menurun.

Kerajaan metropolitan Tokyo turut menyasarkan untuk menyediakan sokongan kepada bujang dan keluarga pada pelbagai peringkat kehidupan – daripada pertemuan awal hingga perkahwinan, melahirkan dan membesarkan anak.

Pengguna di negara itu boleh memuat turun aplikasi ke telefon pintar atau mengakses laman web Tokyo Enmusubi, dengan kos pendaftaran 11,000 yen (~RM317) dan keahlian sah selama dua tahun.

Berkaitan

  • Jepun Beri Dana Untuk Pembangunan Kecerdasan Buatan Dalam Bantu Cari Jodoh
  • Beli PC Ini: Waranti 3 Tahun, RAM 32GB, GPU 8GB...Semuanya Bawah RM3699
  • Cara Nak Jimat Beli Barang Elektronik Di Shopee
  • Ramai Tak Tahu Tawaran Eksklusif iPhone 16 di iTworld, Jangan Terlepas

Sumber: Mainichi Newspapers

Gambar utama: BusinessToday

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY