Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
pencuri EV

Pencuri Kereta Didapati Kurang Tertarik Dengan EV – Kajian

Diterbitkan Oktober 1, 2024 · Dikemas kini Oktober 1, 2024 oleh ariff bukhari

Menurut laporan oleh Biro Jenayah Insurans Kebangsaan (NICB), lebih daripada 1 juta kenderaan telah dicuri di Amerika Syarikat (AS) pada 2023 lalu.

Walau bagaimanapun, pakar di NICB dan Institut Insurans untuk Keselamatan Lebuhraya (IIHS) mendapati, kemungkinan kes kecurian melibatkan kenderaan elektrik (EV) didapati jauh lebih kecil daripada kereta ICE.

Analisis oleh IIHS menunjukkan, secara keseluruhan sebanyak 49 buah kereta daripada setiap 100,000 kereta yang diinsuranskan telah dicuri di AS setiap tahun.

Tetapi sebaliknya, hanya 1 daripada setiap 100,000 Tesla Model 3 yang diinsuranskan sahaja yang telah dicuri.

Norway Negara Pertama Di Dunia Yang Jual Lebih Banyak Kereta Elektrik Berbanding Petrol
Model 3 dilengkapi dengan sistem keselamatan yang dipanggil Sentry Mode, yang memantau ancaman luaran terhadap kenderaan.

Analisis IIHS meletakkan kedudukan kenderaan dengan model tahun antara 2021 dan 2023. Ia melihat bilangan tuntutan “kecurian keseluruhan kenderaan” sebagai peratusan daripada bilangan kenderaan tersebut yang diinsuranskan.

EV theft

Daripada data itu, pakar masih tidak pasti mengapa keadaan ini berlaku, tetapi mereka mempunyai teori, iaitu bahawa penjenayah masih keliru dengan EV.

“Teknologi dalam kereta ini bukan pengetahuan umum, Kebanyakannya tidak menggunakan kunci tetapi dikawal melalui telefon atau dengan kad kunci.” Pakar hal ehwal awam NICB, Nicholas Zeitlinger.

Kemungkinan lain yang diberikan pakar IIHS pula adalah hipotesis bahawa kenderaan ini sering berada di dalam garaj atau disimpan di sebelah rumah untuk tujuan pengecasan, yang mungkin menjadikannya sasaran yang tidak menarik.

Selain itu, kenderaan berteknologi tinggi seperti EV boleh dijejaki dengan lebih mudah dari jauh kerana terbina dengan sistem GPS yang menjadikannya lebih mudah dicari jika hilang.

Namun begitu, pakar NICB tetap mengingatkan pengguna EV supaya tidak menganggap pencuri tidak berminat dengan EV mereka.

Berkaitan

  • Lebih Jimat Lagi Berbaloi, Beli 1 PC Ni Je Boleh Diguna 4 Orang Serentak
  • Beli PC Ini: Waranti 3 Tahun, RAM 32GB, GPU 8GB...Semuanya Bawah RM3699
  • Ramai Tak Tahu Tawaran Eksklusif iPhone 16 di iTworld, Jangan Terlepas

Sumber: Axios

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY