Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ev station china

EV Jadi Bank Kuasa Mudah Alih, China Lancar Kenderaan-ke-Grid Berskala Besar Pertama

Diterbitkan Ogos 20, 2024 · Dikemas kini Ogos 21, 2024 oleh ariff bukhari

China melancarkan interaksi kenderaan-ke-grid (V2G) berskala besar pertamanya di seluruh wilayah, melibatkan lebih 1,000 kenderaan elektrik (EV) di wilayah timur Jiangsu untuk pengecasan luar puncak dan nyahcas berbalik sekali gus mempamerkan potensi EV sebagai bank kuasa mudah alih.

Interaksi V2G merujuk kepada proses di mana kenderaan elektrik, terlibat dalam pertukaran tenaga dengan grid kuasa melalui stesen pengecasan.

Dengan menyegerakkan pengecasan luar puncak dan nyahcas berbalik, pemilik EV boleh meraih faedah kewangan sambil menyokong kestabilan grid pada masa yang sama.

ev station china 1

Menurut State Grid Jiangsu Electric Power Co., Ltd., interaksi perintis V2G diberi insentif dengan menawarkan kupon pengecasan diskaun kepada pemilik EV, yang menyaksikan penyertaan 1,277 EV di 482 stesen pengecasan di wilayah itu.

Pendekatan V2G sedemikian boleh melepaskan beban sebanyak 12,000 kilowatt semasa puncak penggunaan elektrik sehari, dengan berkesan mengurangkan penggunaan elektrik puncak sebanyak 17,000 kilowatt-jam, cukup untuk memberi kuasa kepada 2,100 isi rumah selama sehari, menurut syarikat itu.

Tambahan lagi, mereka menyatakan yang percubaan itu memperlihatkan keupayaan V2G berskala luas dalam meningkatkan keseimbangan kuasa. Malah, menjelang 2030, EV di Jiangsu juga dijangka melebihi 10 juta.

Dengan ini juga, lebih 1 juta kilowatt kapasiti pengurangan puncak dapat disediakan sekiranya 10% daripada EV mengambil bahagian.

Ini adalah bersamaan dengan menyambungkan ‘bank kuasa mudah alih’ 1 juta kilowatt ke grid.

Sumber: Xinhua

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • 51% Pemilik EV Di India Mahu Beralih Semula Kepada Kereta Konvensional - Tinjauan
  • Caj Bateri 80% Dalam Masa 10 Minit, Ini Adalah EV Dengan Pengecasan Terpantas Di Dunia
  • Kena Cepat, Anda Boleh Jimat Sehingga RM800 Kalau Beli Siri iPhone 15 Di Kedai Ini
  • Projek Prototaip Perodua MyVi EV Ini Adalah Hasil Buah Tangan Pasukan Penyelidik UPM

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY