Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Philips Air Series Ab1 Dilancarkan Di Malaysia, Harga Promosi Bermula RM1,299

Posted on November 26, 2025

Siri penyaman udara Philips, Air Series Ab1 kini tiba di Malaysia dengan teknologi terkini yang canggih menjanjikan udara yang lebih bersih, keselesaan yang dipertingkatkan, penyejukan yang lebih pantas dan prestasi yang lebih pintar. Siri ini meliputi model Inverter dan bukan Inverter.

Ia hadir dengan teknologi terkini termasuk Hab SmartCare QR, yang memudahkan pengguna mendaftar e-waranti serta-merta, mendapatkan sokongan selepas jualan, dan melakukan semakan awal kerosakan semuanya melalui imbasan QR di telefon sahaja.

 

Gabungan operasi bunyi rendah Teknologi Self Clean, Penyejukan Turbo Sekali Sentuh dengan paparan LED yang mudah difahami, dan ketahanan jangka panjang, meningkatkan lagi prestasi penyaman udara ini.

Turut dilengkapi Penapis Komposit Pelbagai Fungsi yang mampu menghalang bakteria dengan efektif, ia juga secara aktif menahan pertumbuhan bakteria, dan memastikan aliran udara yang lebih bersih di rumah anda.

Dengan hanya satu sentuhan pada alat kawalan, fungsi ‘Aliran Udara Selesa’ secara automatik mengayunkan udara dari kiri ke kanan, menyampaikan kesejukan yang selesa ke setiap sudut bilik.

Selepas 1000 jam beroperasi pula, penyaman udara Philips Air Series Ab1 secara automatik akan mengingatkan anda untuk membersihkan penapis bagi memastikan prestasi kekal optimum dan aliran udara yang bersih secara berterusan.

Air Series Ab1 ini tersedia secara rasmi dalam talian bermula 24 November 2025, 8 Malam di Philips Home Flagship Store dalam Shopee.

Sempena pelancaran ini juga, Philips dan Unity mengadakan Promosi Khas Pelancaran Eksklusif selama 8 hari bermula 24 November pada pukul 8 malam sehingga 1 Disember 2025.

Promosi Khas Pelancaran Eksklusif ini termasuk:

  • Harga Pelancaran: Diskaun sehingga RM300 daripada harga runcit disyorkan
  • Hadiah Percuma (i): Periuk Telur Philips (Bernilai RM109)
  • Hadiah Percuma (ii): Kredit E-Dompet Touch ‘n Go bernilai RM100

Harga promosi pelancaran bagi model Inverter bermula pada RM1,299 untuk penghantaran sahaja, dan RM1,599 untuk penghantaran dan pemasangan.

Harga promosi pelancaran untuk model bukan Inverter pula bermula pada RM1199 untuk penghantaran sahaja dan RM 1499 untuk penghantaran berserta pemasangan.

Tawaran ini boleh didapati di Kedai Utama Rasmi Philips di Shopee untuk setiap pembelian unit Philips Air Series Ab1 sepanjang tempoh kempen.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress