Kemeriahan promosi di Shopee bukan hanya berlangsung pada 9.9 tetapi ia telah dimulakan lebih awal iaitu sekitar pertengahan Ogos lalu yang menyediakan pelbagai tawaran serta diskaun menarik untuk pembeli.
Menerusi 9.9 Super Shopping Day, Shopee telah berjaya meningkatkan jumlah pesanan 3 kali ganda berbanding tahun 2018, sebanyak 187,606 barangan dijual dalam seminit pada waktu puncaknya dan lebih daripada 113 juta tawaran ditawarkan.
Pengarah Urusan Serantau Shopee, Ian Ho berkata, “Sebagai pencipta 9.9 Super Shopping Day, kami bangga melihat acara membeli-belah utama kami menjadi tarikh penting dalam kalendar membeli-belah dalam talian di rantau ini. Disebabkan oleh pertumbuhan dan kejayaannya yang berterusan, para peniaga runcit luar dan dalam talian serta laman web membeli-belah dalam talian lain telah mengalami demam 9.9."
"9.9 Super Shopping Day tahun ini menyaksikan kami melangkaui semua jangkaan apabila kami menyimpulkan hari yang tidak dapat dilupakan pada 9 September, mencapai kejayaan baru kerana lebih ramai jenama, penjual dan rakan kongsi menyertai Shopee untuk acara membeli-belah utamanya. Kami berterima kasih atas sokongan luar biasa mereka dalam memberi yang terbaik kepada pengguna kami" tambah Ho.
Berkaitan
- Shopee Keluarkan Kenyataan Berkaitan Aktiviti Penipuan Dalam Platform Mereka
- Syarikat Permulaan Ini Membantu Jenama-Jenama Besar Melariskan Jualan Di Platform Lazada Atau Shopee
- Jualan Mi Band 4 Di Shopee Bermula Hari Ini Pada Harga RM149
- Jualan Vivo S1 Bermula, Boleh Dapatkan Secara Dalam Talian Dari Lazada, Shopee, Go Shop Dan Seng Heng
- Telefon 5G Bawah RM2000 Paling Laris Di Shopee Pada Promo 2.2 Lepas
- Shopee Dan Samsung Bakal Adakan Promosi Dengan Diskaun Sehingga 45%
- Hampir Ditipu Ketika Beli Barang Dari Shopee, Lelaki Ini Kongsikan Taktik Penipuan Peniaga Tidak Bertanggungjawab
- Jualan Honor 20 Lite Di Shopee Bermula Esok 24 April
- Sejumlah Barangan Xiaomi Ditawarkan Pada Harga Lebih Murah Di Shopee
- Potongan Harga Sehingga RM1200 Untuk Telefon Pintar Vivo Di Shopee