Peningkatan pembelian beli-belah di atas talian telah menghasilkan
persaingan yang sengit diantara penjual didalam platform E-dagang
seperti Lazada dan Shopee. Justeru, Involve Asia bakal melancarkan
“Marketplace Affiliate Program” (MAP) pada Ogos 2020.
MAP merupakan satu solusi teknologi inovatif bagi membantu kedai di
platform E-dagang untuk mendapat lebih banyak pengunjung luar.
Penularan Covid-19 telah menyebabkan kebanyakan pengguna untuk kekal berada di rumah bagi mematuhi arahan PKP. Ini telah membuatkan peningkatan pembelian atas talian yang mendadak. Pada awalnya, peningkatan pembelian diatas talian disambut baik oleh penjual.
Namun, jumlah peniaga di platform E-dagang turut berganda bagi memenuhi permintaan pelanggan yang tinggi. Peniaga di platform E-dagang dapat merasakan persaingan yang semakin hari semakin sengit. Walaupun laman E-dagang dapat menyelesaikan masalah bagi menarik pengguna untuk mengunjungi sesebuah kedai yang khusus, perniagaan E-dagang boleh berkembang dengan lebih pesat dengan bantuan pengunjung dari luar platform.
Mendedahkan Kedai di Dalam Platform E-Dagang Kepada
Pengunjung Baru Data is the future – MAP dapat memberikan kelebihan bagi membantu peniaga E-dagang membina hubungan perniagaan dengan Penerbit yang bermutu. MAP menghubungkan kedai di platform e-dagang ke lebih 50,000+ rangkaian Penerbit, termasuk pemilik media terbesar di Asia Tenggara. Tidak lupa juga kepada Super Affiliate seperti laman kupon, cashback dan juga Pempengaruh (influencer).
Penerbit menghasilkan content yang menarik bukan sahaja untuk meningkatkan trafik pengguna ke kedai di platform e-dagang tersendiri tetapi juga untuk membantu meningkatkan jualan kepada pelanggan tetap.
Pengunjung dari luar platform E-dagang dapat mempercepatkan perkembangan bisnes pada skala yang jauh lebih besar berbanding dengan hanya bergantung kepada trafik dalam kedai di platform E-dagang.
Risiko Rendah, Potensi Besar Dengan menggunakan MAP, pasaran jual beli hanya perlu membayar komsiyen kepada Penerbit yang berjaya menjana jualan sahaja. Secara tidak langsung, ini dapat meminimumkan risiko kewangan kepada peniaga di dalam platform E-dagang.
MAP membolehkan syarikat jenama-jenama besar yang memiliki kedai lebih daripada satu platform E-dagang untuk mengurus hubungan dengan Penerbit-Pernerbit yang berprestasi. Pengguna MAP peringkat percubaan memberikan testimoni yang positif kerana MAP dapat menjana lebih banyak pendapatan kepada bisnes mereka.
MAP dapat menemukan Penjual di platform E-dagang dengan Penerbit yang sesuai untuk mempromosikan produk penjual dan memudahkan pengurusan kempen pemasaran untuk Penjual yang menjual produk di beberapa platform E-dagang serentak.
Selari dengan pelancaran MAP, Involve juga menjalankan initiatif bersama Pengiklan- pengiklan besar, bernama kempen Mega Affiliate Days (MAD) yang akan dijalankan selama 5 hari.
MAD berpotensi menaikkan pengunjung ke kedai E-datang sebanyak 50% dengan membawa pengunjung baru dari luar platform E-dagang ke dalam kedai E-dagang yang menyertai kempen MAD.
Antara pengiklan yang sudah menggunakan MAP adalah: