Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pernah Diangkat Sebagai “Steve Jobs Ke-2”, Elizabeth Holmes Dijatuhi Hukuman Penjara Lebih 11 Tahun

Pernah Diangkat Sebagai “Steve Jobs Ke-2”, Elizabeth Holmes Dijatuhi Hukuman Penjara Lebih 11 Tahun

Diterbitkan November 20, 2022 oleh ariff bukhari

Elizabeth Holmes dilaporkan dikenakan hukuman penjara selama 11 tahun 3 bulan selepas didapati bersalah dalam skandal syarikatnya iaitu Theranos.

Beliau yang merupakan CEO syarikat tersebut menjanjikan akan merevolusi industri perubatan pada tahun 2014 dahulu di mana dengan setitik darah, beliau mendakwa syarikatnya mampu mengesan penyakit kanser dan diabetes lebih pantas tanpa jarum menerusi mesin yang dibangunkan mereka yang dikenali sebagai Edison.

theranos edison

Kredit imej: Tangkap layar dari YouTube.

Elizabeth Holmes pernah diangkat sebagai “Steve Jobs kedua” ketika memulakan Theranos di mana beliau menerima sokongan dana berjumlah ratusan jutaan dolar daripada pelbagai pihak.

Malah Theranos pernah dinilai dengan jumlah USD10 bilion ketika kemuncaknya.

Walaubagaimanapun, teknologi yang dibangunkan syarikat itu yang diuar-uarkan Elizabeth Holmes sebagai akan merevolusi industri perubatan telah  terbongkar tidak berfungsi dan memberi pesakit hasil yang tidak tepat pada tahun 2015.

Berkaitan

  • Dijangka Ini 5 Ciri Baru Dalam iOS 16.2, Tapi Mungkin Hanya 1 Yang Menarik Perhatian Anda
  • iQOO 11 5G Sah Dijana Cip Pemproses Snapdragon 8 Gen 2
  • Twitter 'Trending' Di Platform Sendiri Dengan Tanda Pagar #RIPTwitter

Sumber: The Verge, BBC

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MCMC Lantik TM Bangunkan Projek Kabel Dasar Laut MADANI Bernilai RM2.7 Bilion
  • EV Kini Bantu Jimatkan 1.2 Juta Tong Minyak Global Sehari - Laporan
  • Apple Pay Kini Sokong Kad Public Bank
  • Cat 'Serap' Karbon Dan Pantul Haba Ciptaan Penyelidik UTM Sasar Pasaran Global
  • HONOR Magic9 Pro Max Kini Boleh Ditempah Di Malaysia, Hadiah Bernilai RM5,006 Untuk Pembeli Awal
  • ChatGPT Kini Gantung Akses 24 Jam Jika Cuba Cari CSAM
  • Apple Didakwa Rancang Usia Usang Peranti Bagi Meningkatkan Jualan iPhone
  • GrabPay Bakal Tambah Sokongan DuitNow Transfer
©2026 WISER.MY