Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
vpn rusia

Permintaan VPN Di Rusia Naik 2088%, Negara Ini Bagi Dana Pada 3 Penyedia VPN

Diterbitkan Jun 15, 2022 · Dikemas kini Jun 15, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Kerajaan Amerika Syarikat menambah lagi dana untuk disalurkan pada tiga syarikat VPN sejak konflik Rusia-Ukraine bermula.

Hal ini kerana mereka mahu membantu penduduk Rusia mengakses media Barat dan mengelak sekatan dikenakan kerajaan Rusia, lapor Reuters.

Dari 2015-2015, tiga VPN menerima sekurang-kurang $4.8 juta (RM21 juta) daripada AS namun sejak Februari lalu, jumlah dana disalurkan bertambah hampir setengah daripadanya. Ini dipengaruhi perang dua Rusia dan Ukraine.

Tiga syarikat VPN tersebut ialah nthLink, Psiphon dan Lantern.

Laura Cunningham, presiden Open Technology Fund (OTF) berkata badan tersebut meningkatkan sokongan pada tiga syarikat tersebut sebab Rusia cuba menapis apa yang rakyat mereka boleh lihat dan luahkan dalam talian, kerana mahu mengaburi kebenaran serta membungkam perbezaan pendapat.

Permintaan VPN Di Rusia Naik 2088%, Negara Ini Bagi Dana Pada 3 Penyedia VPN
Sumber: Neowin

Permintaan terhadap perkhidmatan VPN meningkat mendadak sehingga 2,088% dalam Mac lalu selepas Rusia menyekat beberapa media sosial asing termasuklah Facebook dan Instagram, menurut Top10VPN.

Bukan hanya itu, Moscow juga menyekat capaian terhadap lebih 300 laman web berkaitan konflik Rusia-Ukrain termasuklah portal media seperti BBC News, Deutsche Welle dan Voice of America bahasa Rusia.

Baca juga:

  • Walaupun Sedang Rugi, Netflix Tetap Hentikan Perkhidmatan Di Rusia
  • Sungai Tigris Semakin Kering, Menampakkan Bandar Purba Berusia Lebih 3000 Tahun
  • Google Rusia Bankrap, Rugi Lebih RM400 Juta

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MCMC Lantik TM Bangunkan Projek Kabel Dasar Laut MADANI Bernilai RM2.7 Bilion
  • EV Kini Bantu Jimatkan 1.2 Juta Tong Minyak Global Sehari - Laporan
  • Apple Pay Kini Sokong Kad Public Bank
  • Cat 'Serap' Karbon Dan Pantul Haba Ciptaan Penyelidik UTM Sasar Pasaran Global
  • HONOR Magic9 Pro Max Kini Boleh Ditempah Di Malaysia, Hadiah Bernilai RM5,006 Untuk Pembeli Awal
  • ChatGPT Kini Gantung Akses 24 Jam Jika Cuba Cari CSAM
  • Apple Didakwa Rancang Usia Usang Peranti Bagi Meningkatkan Jualan iPhone
  • GrabPay Bakal Tambah Sokongan DuitNow Transfer
©2026 WISER.MY