Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
google rusia

Google Rusia Bankrap, Rugi Lebih RM400 Juta

Diterbitkan Mei 19, 2022 ยท Dikemas kini Mei 19, 2022 oleh Nadiah Ab

Pejabat Google di Rusia telah menyerahkan notis untuk mengisytiharkan bankrap selepas akaun banknya disita oleh pihak berkuasa.

Menurut jurucakap Google, hal itu telah menyebabkan pejabat Rusia mereka tidak dapat berfungsi, termasuk menggaji dan membayar pekerja yang berpangkalan di Rusia, membayar pembekal dan vendor, dan memenuhi kewajipan kewangan lain.

Seperti banyak syarikat lain, Google menggantung sebahagian besar aktiviti komersialnya di Rusia berikutan konflik dengan Ukraine pada bulan Februari.

Walaupun memfailkan bankrap, Google akan terus memberikan rakyat Rusia akses kepada perkhidmatan percuma seperti Search, YouTube, Gmail, Maps dan Android buat masa ini.

Pada bulan Mei tahun lalu, Rusia mendenda Google sekitar US$82,000 (~RM361,210) kerana gagal memadamkan beribu-ribu kandungan yang dianggapnya menyalahi undang-undang.

Pihak berkuasa kemudian mendenda syarikat itu kira-kira US$98 juta (~RM431.7 juta) pada bulan Disember atas sebab yang sama.

Jumlah itu dianggarkan sekitar 5.7% daripada perolehan Google tahun 2021 di Rusia.

Walaupun Rusia telah menyekat banyak platform dan perkhidmatan lain, termasuk Google News, pada masa ini Google tidak mempunyai rancangan untuk menghalang pengguna di negara itu daripada mengakses YouTube.

Dilaporkan platform penstriman gergasi itu mempunyai sekitar 90 juta pengguna Rusia.

Sumber: Reuters

Baca juga:

  • Google Temukan 13 Kecacatan Keselamatan Chrome, Pengguna Digesa Kemas Kini Segera
  • Tiga Produk Tumpuan Google I/O – Pixel 6a, Pixel 7 Dan Pixel Watch
  • Kaca Mata Pintar Google Terbaru Jadikan Anda Pakar Semua Bahasa

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY