Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article (94)

Permintaan Lemah, Ford Bakal Kurangkan Pekerja Di Kilang EV

Diterbitkan November 23, 2023 ยท Dikemas kini November 23, 2023 oleh Muhd Idham

Untuk pengetahuan anda, syarikat pengeluar kereta ternama, Ford, telah mengumumkan rancangan mereka untuk membina kilang BlueOval Battery Pack di Michigan pada awal tahun yang lepas tetapi kualiti baterinya kelihatan akan terjejas daripada yang apa yang telah ditetapkan.

Pada bulan September 2023, pembinaan kilang itu telah ditangguh kerana tiada kata putus tentang pelaburan ke atas projek itu daripada pihak Ford. Pelaburan itu dilaporkan bernilai USD3.5 billion (~RM16.4 billion). Walau bagaimanapun, pihak Ford kini menjelaskan lagi yang kilang itu akan terus berada dalam proses pembinaan dan bakal dirasmi pada tahun 2026 dengan pelaburan sekitar USD2 billion (~RM9.3 billion).

Dalam pada itu, kapasiti bateri fosfat litium yang akan dihasilkan dijangka berkurang daripada 35 GWj kepada 20 GWj. Bukan itu sahaja, pengambilan tenaga pekerja juga akan dikurangkan daripada 2,500 orang kepada 1,700 orang.

Antara faktor yang membuatkan syarikat Ford berbuat demikian adalah permintaan produk EV berkurangan dan kadar pembayaran gaji pekerja EV semakin meningkat.

Berkaitan

  • Inilah Telefon "Tiga Tiga Sekupang" Versi Moden, Tahan Lasak Tapi Harga Tak Keras
  • 5 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Tempah smart #1
  • Google Bard Kini Lebih "Bijak", Boleh Analisis Video YouTube Secara Spesifik
  • Kad Grafik Radeon Baharu Penuhi Keperluan Pembangun AI

Sumber: Ford Newsroom

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY