Hal ini kerana Best Buy, sebuah peruncit elektronik pengguna multinasional yang besar di Amerika Syarikat telah membuat penyelarasan bagi harga GeForce RTX 3090 Ti Founders Edition pada 12 Julai lalu.
Oleh itu, pasaran kad grafik mula membuat spekulasi bahawa NVIDIA mungkin akan menurunkan harga produk kad grafik mereka untuk masa akan datang.
Selain itu, terdapat juga sumber yang telah mendakwa harga baru MSRP untuk siri RTX 3000 seperti di bawah:

Jika MSRP yang baharu ini bakal menjadi kenyataan, RTX 3090 Ti mencatatkan penurunan harga yang sungguh besar, USD500 (~RM2,200). Walaupun begitu, ia hanyalah spekulasi.
Tetapi jadual tersebut tidak menunjukkan sebarang MSRP baharu untuk kad-kad grafik di bawah RTX 3080. Menariknya, stor rasmi EVGA di AS telah pun mengemaskini kad-kad grafik mereka mengikut harga MSRP baru yang didakwa.

Selain itu, Newegg, sebuah peruncit barangan perkakasan komputer dan elektronik pengguna telah menguatkuasakan harga baharu untuk siri RTX 3000 kecuali RTX 3080.
Walaupun NVIDIA tidak lagi mengeluarkan kenyataan rasmi akan harga MSRP rasmi baharu untuk siri RTX 3000, tetapi kita boleh melihat banyak stor-stor besar di AS telah melaksanakan harga baharu yang lebih murah itu.
Berkemungkinan besar, NVIDIA akan mengeluarkan harga MSRP yang baharu untuk siri RTX 3000 tidak beberapa lama lagi dan berharap pasaran tempatan juga akan mengikutinya. Bahkan, yang paling penting harga kad grafik hampir berada di paras normal.
Sumber: Benchlife
Berkaitan
- Kad Grafik Edisi Terhad Intel Arc Dibuat Di Negara Kita
- Isu Kabel RTX 4090 Cair, NVIDIA Kata Pengguna Yang Salah Pasang
- Kad Grafik Terbaru RTX 4000 Mungkin Tak Sokong PCIe Gen 5
- 'Scalpers' Nak Jual GPU Tiada Pembeli, Nak Pulangkan Tiada 'Refund'
- Free Fire Kini Ada Logo Baharu, Akan Ada Peningkatan Grafik Julai Depan
- 'Scalper' GPU Kerugian Lebih RM100 Ribu, Orang Ramai Bertepuk Tangan
- RX 6950 XT Mungkin Akan Jadi GPU 'Mainstream' Paling Mahal
- Sebab 'Mining' Dah Tak Berbaloi, Pelombong Kripto China Terpaksa Jual GPU Secara Lelong
- GPU Intel Arc Mungkin Pilihan Terbaik Dengan Harga Jauh Lebih Murah
- GIGABYTE Malaysia Dedahkan Harga GPU Siri GeForce RTX 4080 Mereka