Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
AMD Dapat Durian Runtuh – Jana Hampir RM30B Pada Suku Kedua 2022

AMD Dapat Durian Runtuh – Jana Hampir RM30B Pada Suku Kedua 2022

Diterbitkan Ogos 3, 2022 oleh Firdaus

Dalam laporan pendapatan terbaru AMD, mereka melaporkan peningkatan sebanyak 70% lebih tinggi dalam pulangan hasil syarikat pada suku kedua 2022 berbanding tahun lepas.

AMD Dapat Durian Runtuh – Jana Hampir RM30B Pada Suku Kedua 2022

Faktor-faktor utama yang menyumbang kepada limpahan rezeki buat AMD ini datangnya daripada Xilinx dan perjanjian kerjasama bernilai ~RM8.47 bilion daripada Pensando.

Walau bagaimanapun, pendapatan bersih AMD mencatatkan kekurangan sebanyak 37% jika dibandingkan dengan suku kedua mereka pada tahun 2021 lepas.

Tetapi itu disebabkan penulasan aset yang tidak ketara berikutan pemerolehan Xilinx.

Selain itu, AMD juga mempunyai pemegangan yang kukuh dalam pelbagai sektor perniagaan dan teknologi seperti Client Computing, Datacenter dan perkakasan gaming.

AMD menjangkakan pendapatan mereka akan mencatatkan peningkatan sebanyak USD200 juta lagi (~RM891.66 juta) pada suku ketiga 2022 ini. Hal ini berikutan pengesahan mereka untuk melancarkan siri AMD Ryzen 7000 pada penghujung September ini.

Sumber: Tom’s Hardware

Gambar utama: Streetsignal

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY