Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Storage SSD HDD

Kajian Buktikan SSD Lebih Berbahaya Kepada Alam Sekitar Berbanding HDD

Diterbitkan Ogos 16, 2022 oleh Firdaus

Berdasarkan kajian University of Wisconsin-Madison dan University of British Columbia, storan jenis SSD memberikan impak alam sekitar 2 kali ganda lebih tinggi berbanding HDD.

Disebabkan SSD mempunyai proses pembuatan yang lebih rumit, storan itu menghasilkan lebih banyak jejak karbon lebihan berbanding HDD.

Berkaitan

  • Mengapa Prestasi SSD Jauh Lebih Laju Dari HDD? Wujudkah HDD Yang Lebih Pantas Dari SSD?
  • Kenali Jenis-Jenis Storan SSD Yang Ada Di Pasaran
  • (Ulasan) Black Shark 5 Pro vs Asus ROG Phone 6 Pro - Pertarungan Dua Telefon 'Gaming'

Storage Embodied Factor (SEF) adalah satu bentuk pengukuran akan kadar pelepasan gas karbon dioksida, CO2 relatif kepada saiz dan kapasiti sesebuah storan.

Secara purata, SSD mempunyai kadar SEF sebanyak 0.16 tetapi HDD pula mempunyai kadar SEF yang lebih rendah, 0.02. Lebih rendah kadar SEF, lebih rendah impak alam sekitarnya.

Dalam kajian yang lebih lanjut, ia mengulaskan 1TB HDD melepaskan 99kg hingga 199kg gas CO2 berbanding 1TB SSD yang melepaskan 184kg hingga 369kg (dalam tempoh 5 ke 10 tahun).

Walaupun begitu, ia adalah satu proses yang sangat sukar rumit dan kompleks untuk mengukur impak alam sekitar sesebuah komponen elektronik.

Hal ini demikian, kita perlu mengambil kira apa yang berlaku sepanjang proses pembuatan tersebut. Contoh, kita perlu mengira jejak karbon dalam proses pengekstrakan bahan, proses logistik storan itu daripada kilang hinggalah sampai ke tangan anda, jejak karbon daripada aktiviti pekerja dan lain-lain.

Secara amnya, kita boleh cakap yang pengguna mempunyai banyak kelebihan dalam pelaburan ke atas SSD berbanding HDD dalam perspektif produktiviti dan penggunaan.

Isu alam sekitar ini sepatutnya dimbil kira oleh pengilang dan pembuat storan SSD dan HDD di luar sana berbanding kita sebagai pengguna sahaja.

Namun, kita boleh memainkan peranan masing-masing dengan melupuskan komponen SDD dan HDD yang tidak digunakan melalui saluran yang betul.

Sumber: Tom’s Hardware

Gambar utama: wallpaperaccess

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY