Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
TM Merekodkan Peningkatan Keuntungan Bersih Lebih Tinggi Berbanding Tahun Lalu

TM Merekodkan Peningkatan Pendapatan Hampir RM700 Juta Pada Tahun 2021

Diterbitkan Februari 25, 2022 ยท Dikemas kini Februari 25, 2022 oleh ariff bukhari

Telekom Malaysia Bhd (TM) dalam pembentangan prestasi kewangan untuk tahun 2021 memaklumkan bahawa mereka telah merekodkan pendapatan sebanyak RM11.53 bilion.

Ia adalah peningkatan sebanyak 6.4% jika dibandingkan dengan pendapatan yang diraih kumpulan itu pada tahun 2020 lalu iaitu berjumlah RM10.84 bilion.

TM Merekodkan Peningkatan Pendapatan Hampir RM700 Juta Pada Tahun 2021

Walaupun berdepan dengan cabaran pasaran yang mencabar ketika pandemik COVID-19, TM menyatakan peningkatan pendapatan kumpulan itu didorong oleh permintaan pengguna terhadap langganan bagi perkhidmatan Unifi dan jalur lebar tetap, perkembangan memberangsangkan ke atas perniagaan TM Wholesale serta TN ONE.

TM berkata, pendaftaran perkhidmatan Unifi pada tahun lalu merekodkan langganan tertinggi yang pernah dicapai TM iaitu sejumlah 2.78 juta langganan baru Unifi dan jalur lebar tetap.

Sumber: TM

Baca juga:

  • 5G: Celcom, Maxis, Digi Dan U Mobile Mahu Bergerak Sebagai Konsortium Bagi Penawaran 5G Di Malaysia
  • Opensignal: Liputan Makin Meluas Tapi Pengalaman Guna 4G Di Malaysia Masih Lemah
  • TM Sertai Konsortium Kabel Dasar Laut Baharu, SEA-ME-WE 6 Berkelajuan 100 Tbps

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
  • Aplikasi Mudah Alih MySAHAM MITI Dilancarkan
  • HLB Islamic Naik Taraf Sistem Audio Masjid Jamek Untuk Keselesaan 3,000 Jemaah
  • MRANTI Lancar Lima Mission Labs Di I-Nation 2026, Sasar Projek Rintis Dalam 12 Bulan
  • Universiti China Beli 2 Cip Nvidia H200 Walaupun Berdepan Sekatan AS
  • Pas MyKomuter50 Boleh Diaktifkan Mulai 16 November, Ini Caranya
  • Ini 9 Pengeluar Modul DRAM Pihak Ketiga Terbesar Dunia, Kingston Kuasai 62% Pasaran
  • HONOR Magic9 Pro Max Akan Dilancar Di Malaysia 24 November
©2026 WISER.MY