Zaman sekarang, strim untuk menonton filem atau siri drama memang menjadi satu norma baharu. Banyak platform yang menawarkan kandungan menarik khusus buat penggunanya seperti Netflix, HBO Go, Amazon Prime, Disney+ dan banyak lagi.
Disebabkan ini juga, ramai pengguna yang membuat penjimatan harga langganan dengan berkongsi akaun. Namun, perkara tersebut tidak senang buat penyedia perkhidmatan penstriman ini terutama Netflix.
Sekitar Mac tahun lalu, Netflix telah menguji satu fungsi baharu yang mana ia mengesan bahawa pengguna sedang berkongsi akaun yang sama. Berdasarkan perkongsian yang dibuat pengguna, ia memaparkan notis seperti ini:
“If you don’t live with the owner of this account, you need your own account to keep watching. Is it your account? We’ll send you a verification code.”
Ujian yang dilakukan ini adalah untuk memastikan akaun tersebut perlu melalui pengesahan dengan kod mesej atau e-mel sebelum boleh digunakan. Perkara ini juga telah disahkan Netflix sendiri.
O no. Netflix doing the purge?!? pic.twitter.com/XXlHtfgfsy
— icy lil bih (@DOP3Sweet) March 9, 2021
Walaupun fungsi tersebut belum ditawarkan secara global tetapi ciri itu muncul kembali baru-baru ini dan ia menimbulkan keresahan buat pengguna.
Sekiranya Netflix menjadikan perkongsian kata laluan ini lebih sukar, ia akan membuatkan pengguna berasa marah dan tidak senang. Buat masa sekarang, Netflix masih lagi bertoleransi dengan perkara ini.
Bagaimanapun, mungkin ia adalah cara untuk mengelakkan akaun dicuri atau di log masuk sewenang-wenangnya.
Walau apa pun, sepatutnya perkongsian akaun ini bukanlah satu kesalahan. Pengguna masih membayar langganan setiap bulan. Cumanya, mungkin pengesahan OTP atau e-mel boleh meningkatkan lagi tahap keselamatan akaun pengguna.
Jadi, jika anda mahu berkongsi akaun, lebih elok kongsi dengan keluarga atau kenalan rapat sahaja. Tidak perlu dengan individu yang tidak dikenali.
Sumber: BGR
Baca juga:
-
Pengguna Malaysia Mungkin Perlu Tunggu Lama Untuk Rasa Xiaomi 12
-
Mungkin Ini Rupa Paparan Berlubang iPhone, Takuk Hilang Tapi Face ID Kekal