Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pengguna Malaysia Mungkin Perlu Tunggu Lama Untuk Rasa Xiaomi 12

Pengguna Malaysia Mungkin Perlu Tunggu Lama Untuk Rasa Xiaomi 12

Diterbitkan Januari 3, 2022 oleh Meor Hasyim

Akhir Disember 2021 lalu, Xiaomi telah memperkenalkan barisan Xiaomi 12 sebagai generasi telefon andalan untuk tahun 2022 di China.

Untuk pengguna luar China, sudah tentu mereka sangat-sangat menantikan kedatangan telefon ini memandangkan harga yang berpatutan dengan spesifikasi tinggi.

Namun begitu, nampaknya difahamkan siri Xiaomi 12 ini hanya akan menemui peminat global pada hujung Februari atau awal Mac – lebih kurang 1 atau 2 bulan lagi.

xiaomi 12x launch
Xiaomi 12x

Melihat kepada konteks tempatan, pengguna Malaysia mungkin perlu menunggu 3 bulan lagi jika mahu mendapatkan Xiaomi 12 secara rasmi.

Ini adalah apa yang dapat dilihat jika kita membandingkan pelancaran Xiaomi Mi 11 pada tahun lepas. Ia dilancarkan pada Disember 2020, global pada awal Februari 2021, dan masuk Malaysia pada hujung bulan yang sama.

Telefon Xiaomi kebiasaannya mengambil masa sedikit lebih lama untuk masuk ke Malaysia selepas pelancaran di global, itupun selepas pelancaran di China terlebih dahulu.

Apa-apa pun, ini adalah sekadar ura-ura sahaja dan belum ada kepastian sama ada ia sahih dari Xiaomi sendiri.

Mengenai Xiaomi 12, ia hadir dengan 3 model – Xiaomi 12, Xiaomi 12X, dan Xiaomi 12 Pro. Model Pro adalah yang paling berkuasa dengan paparan QHD+, 120W, serta 3 kamera 50MP (utama, sudut lebar, dan telefoto 2x optikal zum.

Di China, masing-masing dijual sekitar RM2,099 (Xiaomi 12X), RM2,428 (Xiaomi 12), dan RM3,084 (Xiaomi 12 Pro).

Sumber: Mukul Sharma, MySmartPrice

Baca juga:

  • Xiaomi 12 Dilancarkan – Cip Baharu, Skrin Padu
  • “Susah Sebenarnya Nak Hasilkan Telefon Saiz Kecil”, CEO Xiaomi
  • Xiaomi 12 Pro – Pengecasan 120W, Tiga Kamera 50MP

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY