Perkhidmatan penstriman filem atau drama secara haram memang banyak ditawarkan di internet. Salah satu yang popular ialah Popcorn Time. Namun, bagi anda yang kerap menggunakan perkhidmatan ini, bolehlah mengucapkan selamat tinggal kerana ia secara rasminya ditamatkan operasi.
Menerusi lamannya, ia sudah terpapar mesej R.I.P dan graf yang menurun sejak 7 tahun yang lalu. Bermakna popularitinya kian menurun bermula tahun 2016.
Menurut laporanĀ Bloomberg, Popcorn Time sendiri yang mengumumkan penamatan operasi laman mereka menerusi e-mel. Bagaimanapun, mereka tidak mendedahkan apakah faktor penamatan tersebut, sama ada berkaitan kesalahan undang-undang atau sebagainya.
Hal ini kerana terdahulu beberapa studio Hollywood mula menyaman pengguna yang memuat turun dan berkongsikan filem cetak rompak yang diperoleh daripada laman tersebut.
Biarpun begitu, Popcorn Time sebelum ini mengatakan mereka tidak bertanggungjawab ke atas kandungan cetak rompak kerana bukan mereka yang mengehos fail-fail itu.
Buat pengetahuan, pencabar Netflix ini menggunakan teknologi torrent di mana pengguna boleh terus strim kandungan cetak rompak dengan mudah. Sama seperti kita menggunakan Netflix.
Malah, berdasarkan statistik, bahan-bahan cetak rompak di internet mencapai 230 bilion jumlah tontonan setiap tahun.
Sumber: engadget
Baca juga:
-
Ini Senarai Siri Drama TV Yang Banyak Dicetak Rompak Pada Tahun 2021
-
Ini 5 Sebab Kenapa Anda Perlu Tonton Filem Netflix ‘Dont Look Up’