Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Ini Senarai Siri Drama TV Yang Banyak Dicetak Rompak Pada Tahun 2021

Posted on Disember 30, 2021

Menonton filem atau drama secara haram atau cetak rompak bukanlah sesuatu yang baharu lagi. Bezanya dahulu ia dibeli di pasar malam dan sekarang pula dengan strim atau muat turun melalui internet sahaja.

Menurut torrentfreak, tahun 2021 adalah tahun bagi Marvel kerana fasa 4 dunia MCU ini lebih banyak dicetak rompak.

Secara keseluruhan, Wandavision menduduki tempat yang pertama dan kemudian diikuti siri Loki. Tempat ketiga hingga kelima pula adalah The Witcher, The Falcon and The Winter Soldier dan Hawkeye.

Bagaimanapun, mereka mengatakan pengiraan muat turun daripada BitTorrent ini adalah berdasarkan satu episod. Ini kerana kebanyakan siri drama tidak dikeluarkan secara serentak.

Tambahnya lagi, drama Money Heist dan siri yang menjadi fenomena Netflix Squid Game juga sepatutnya berada dalam 10 senarai teratas.

Walau apa pun, berikut adalah 10 drama yang banyak dimuat turun secara haram:

  1. Wandavision
  2. Loki
  3. The Witcher
  4. The Falcon and The Winter Soldier
  5. Hawkeye
  6. What If…?
  7. Foundation
  8. Rick and Morty
  9. Arcane
  10. Wheel of Time

Dalam pada itu, Torrentfreak ada menyatakan yang mana trafik BitTorrent bukanlah platform terbesar kandungan cetak rompak. Ini disebabkan pada masa sekarang banyak laman yang boleh strim secara dalam talian.

Sumber: Torrentfreak

Foto utama: den of geek

Baca juga:

  • Suka OST Dari Filem Atau Siri Netflix? Netflix Hub Jawapannya

  • Kerajaan Tak Dapat Kawal Kandungan ‘Liar’ Di Netflix

  • Jawapan Mufti Mengenai Hukum Pembelian Android Box

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress