Ini 5 Sebab Kenapa Anda Perlu Tonton Filem Netflix 'Dont Look Up'

Filem yang bertajuk 'Dont Look Up' menjadi antara filem popular di Netflix apabila mula ditayangkan sehinggalah sekarang. Kini, filem tersebut menjadi antara 10 filem yang paling banyak ditonton oleh pengguna Netflix Malaysia.

Filem Dont Look Up yang diarahkan oleh Adam mcKay ini telah memberikan satu kejutan kepada penonton kerana intipati filem yang hendak disampaikan boleh dikaitkan dengan situasi semasa dunia. Walaupun bukan keseluruhannya boleh diterima tetapi filem ini boleh dijadikan pengajaran kepada manusia.

Jadi, ini antara 5 sebab kenapa anda perlu menonton filem Dont Look Up.

1. Amaran Dunia

Filem Dont Look Up menceritakan tentang amaran sebuah komet gergasi dari angkasa yang bakal menghentam bumi. Dua orang ahli astronomi yang dilakonkan oleh Leornado DiCaprio dan Jennifer Lawrence telah memberi amaran kepada dunia mengenai satu bencana hebat yang bakal melenyapkan semua manusia termasuk flora dan fauna, namun ia tidak dihiraukan oleh mana-mana pihak sama ada pihak media atau pihak kerajaan.

Perkara itu amat membimbangkan ahli astronomi tersebut, jadi mereka berusaha untuk menyebarkan tentang bahayanya komet gergasi tersebut. Kalau, pandemik yang telah berlaku pada tahun 2020 disebabkan oleh COVID-19 sudah mampu menjadi detik cemas untuk dunia, apatah lagi sebuah komet gergasi yang bakal menghentam dunia, betul tak?

2. Kerakusan Harta

Di samping itu, filem ini juga mengaitkan tentang kerakusan golongan atasan atau orang kaya dengan sesuatu yang dianggap bernilai untuk mereka. Presiden Amerika Syarikat dalam filemĀ Dont Look Up telah membenarkan golongan kaya sahaja meneruskan kehidupan dengan kewujudan sains dan teknologi hebat mereka. Walaupun pada awalnya, presiden Amerika Syarikat tersebut ingin membantu untuk menyelamatkan dunia, tetapi akhirnya beralih arah hanya kerana 'harta dunia' yang ditawarkan.

Manusia lain tidak penting sehingga sanggup membiarkan dunia menjadi milik mereka sahaja. Belas kasihan juga sudah hilang dalam diri golongan atasan apabila bercakap tentang duit, harta dan kekayaan dunia.

3. Dunia Politik Sebenar

Anda perlu lihat bagaimana cara presiden Amerika Syarikat (AS) dalam filem Dont Look Up ini memainkan peranannya kerana ia sungguh menyakitkan hati! Ketika dua ahli astronomi tersebut ingin bertemu dengan presiden AS, mereka perlu menunggu terlalu lama untuk memaklumkan tentang 'pengakhiran dunia'.

Presiden AS yang dilakonkan oleh Meryl Streep lebih bimbang tentang kedudukannya sebagai seorang presiden berbanding tanggungjawab kepada negara. Tanpa mengendahkan pemakluman daripada ahli-ahli astronomi tersebut, presiden AS hanya meneruskan kehidupan liarnya sehingga diketahui umum. Selepas itu, barulah dia menggunakan berita 'komet gergasi' untuk menutup 'mulut' pihak media. Walaubagaimanapun, itu hanya sekadar kata-kata yang tidak mampu membantu sesiapa termasuk dirinya.

4. Kuasa Media

Kuasa media dalam filem ini seolah-olah dipengaruhi oleh pihak kerajaan. Oleh sebab itu, pihak media tidak menyebarkan berita tentang amaran dunia yang diberikan oleh ahli-ahli astronomi dalam filem ini.

Media sepatutnya memainkan peranan penting dalam menyampaikan berita dan ilmu kepada masyarakat terutama tentang berita penting yang mampu memusnahkan planet seperti dalam filem Dont Look Up. Kalau media pun tidak mampu memberi kerjasama sudah pasti, berita-berita penting dunia tidak dapat disampaikan dengan benar.

5. Perbezaan Ilmu

Dr. Randall Mindy merupakan profesor astronomi yang bertanggungung menerangkan tentang bahayanya komet gergasi yang bakal menghentam bumi dalam masa 6 bulan 14 hari kepada presiden AS iaitu Jennie Orlean.

Walaubagaimanapun, Dr. Mindy gagal memberitahu dengan cara yang lebih mudah difahami orang biasa sehingga Kate Dibiasky iaitu pelajar doktor falsafah di bawah Dr. Mindy terpaksa membantunya. Penerangan ahli astronomi kepada orang yang tidak mempunyai ilmu astronomi menyebabkan komunikasi tidak dapat disampaikan secara berkesan.

Oleh sebab itu, anda perlu buka Netflix dan tonton filem Dont Look Up sekarang untuk melihat semua adegan-adegan yang mendebarkan di sana. Selamat menonton!

 

Baca juga :

Berkaitan