Mengapa perlu beratur panjang dikedai jika anda boleh membeli kelengkapan dapur secara atas talian, betul?
Honestbee merupakan sebuah syarikat penghantaran barangan runcit yang berpengkalan di Singapura.
Ia pertama kali dilancarkan di negara pulau tersebut pada tahun 2015 dan kini telah pun beroperasi di 8 buah negara, iaitu:
- Singapura
- Hong Kong
- Taiwan
- Jepun
- Filipina
- Indonesia
- Thailand
- Malaysia
Perkhidmatan beli-belah Honestbee ini telah pun dilancarkan secara rasmi di Malaysia seperti mana yang dilaporkan oleh laman Lowyat.net semalam.
Bagi anda yang ingin menggunakan perkhidmatan ini, anda boleh menggunakan ia menerusi dua cara;
Pelbagai barangan runcit seperti sayuran, daging, produk tenusu, buah-buahan ada disenaraikan dalam servis mereka.
Pengguna hanya perlu memilih barangan yang dikehendaki, dan barangan akan dihantar mengikut pilihan anda sama ada satu hari ataupun satu jam.
Bayaran hanya dibuat selepas anda menerima barangan yang dibeli. Mudah dan pantas bukan?
Perkhidmatan ini bagaimanapun hanya beroperasi di Kuala Lumpur dan Selangor sahaja. Buat masa sekarang hampir 15 rangkaian kedai runcit telah bekerjasama dengan Honestbee dalam menjayakan perkhidmatan ini.
Antaranya adalah:
- Shojikiya
- La Juiceria
- Wondermilk
- GNC
- Real Food
- Chai Huat Hin
- Cat & The Fiddle
- Southern Rock Seafood
- Castania Nut Boutique Vom Fass
- The Blue Cow Butcher
Bersempena dengan pelancaran yang berlangsung, Honestbee menawarkan cas penghantaran sebanyak RM1 untuk setiap pembelian bermula semalam (2 Mac 2017) hingga 14 Mac 2017.
Di Malaysia perkhidmatan beli-belah atas talian dan hantar barangan runcit sudah dioperasikan lebih dari 11 syarikat.
Kebanyakkan syarikat itu menjalankan operasi di bandar-bandar besar yang mana populasi bandar itu sibuk dan kekurangan masa untuk membeli barangan dapur.
Antara syarikat lain yang turut memberikan perkhidmatan sama adalah:
- Freshcart
- GrocerExpress
- Tesco Online
- HappyFresh
Berkaitan
- Huawei P20 Lite Rasmi Di China Sebagai Nova 3e
- Inilah Harga DJI Mavic 3 Pro di Malaysia, Sudah Boleh Ditempah Mulai Hari Ini
- [Video] Ujian Ketahanan Nokia 6 - Telefon Paling Lasak 2017?
- Jom Tonton Wakil Malaysia Dalam Permainan Free Fire Dan PES 2020 Di Piala Presiden Esports 2020 Sabtu Ini
- WhatsApp Akan Guna Cap Jari Untuk Nyahkunci Aplikasi
- Beberapa Aplikasi Gagal Berfungsi Pada iOS Disebabkan Facebook
- Filem Animasi 3D Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal Di Pawagam 21 Mac 2019
- Jemaah Haji Tahun 2029 Mungkin Dilengkapi Dengan Peralatan Canggih
- Mi Premium Reseller Store Pertama Di Malaysia Akan Dibuka Di Pulau Pinang
- Nokia 3310 Dengan Keupayaan Sambungan 4G Telah Dilancarkan