Nova 3e atau P20 Lite diperkenalkan dengan layar paparan IPS 5.84 inci 1080p diiringi rekaan takuk yang menempatkan lensa kamera hadapan.
Dibahagian pemprosesan pula, cip Kirin 659 digunakan disertakan bersama dengan GPU Mali-T830 MP3 dan RAM 4GB.
Antara ciri yang bakal dipertaruhkan Huawei pada model ini adalah pengalaman kamera yang menawarkan dwi kamera utama menerusi sensor 16MP+2MP. Bahagian hadapan pula menggunakan kamera 24MP dengan nilai aperture f/2.0.
Bagi fungsi nyahkunci skrin, sistem pengimbas cap jari diletakkan dibahagian belakang dan P20 Lite ini akan dijana dengan bateri 3000mAh bersama sokongan pengecasan pantas.
Pilihan warna yang disediakan adalah Hitam, Biru, Emas, dan Ros Emas dan mempunyai dua versi storan, 64GB CNY 1,999 (~RM1236.37) dan 128GB pada harga CNY2199 (~RM1360.07).
Dua lagi model dalam siri P20 akan dilancar pada minggu hadapan.
Sumber: Weibo
Berkaitan
- Kementerian Pendidikan Tinggi Sedang Bangunkan Garis Panduan Penggunaan ChatGPT
- India Bangunkan CPU Pertama Mereka Dikenali Sebagai "Shakti"
- Nokia 105 dan Nokia 220 4G Diperkenalkan Pada Harga Sekitar ~RM60
- Redmi 7A Berharga RM459 Boleh Mula Dibeli Dari Xiaomi Official Store Global
- iPhone 12 Mungkin Datang Dengan Pilihan Warna Dark Blue
- Tersalah Hantar e-mel? Gmail Ada Ciri Tarik Balik Hantaran e-Mel
- Android Blacklist - Senarai Aplikasi Android Yang Berpotensi Ganggu Privasi Pengguna
- Galaxy Tab A 2017 Diperkenalkan Dengan Harga RM1199
- OnePlus Bakal Perkenal Penjejak Kesihatan Tidak Lama Lagi
- 10 Bandar Berteknologi Tinggi Di Dunia