Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Ini Perkara Penting Yang Diumum Dan Tak Diberitahu Di Acara ‘Let Loose’

Posted on Mei 8, 2024Mei 8, 2024

Apple telah pun melangsungkan acara maya ‘Let Loose’ yang memfokuskan model terbaru iPad. Jadi, di sini dikumpulkan perkara-perkara utama yang diumumkan Apple di acara tersebut.

iPad Air 13 inci

Jika dulu hanya ada model 11 inci sahaja, Apple kini menambahkan model 13 inci bagi model iPad Air. Apple menyatakan, tambahan itu diispirasikan daripada model iPad Pro 13 inci.

iPad Air baharu ini juga menerima naik taraf perkakasan dengan kini dikuasakan cip Apple M2.

iPad Air 2024 ini menyokong aksesori Apple Pencil Pro, Apple Pencil (USB-C) dan Magic Keyboard.

iPad Air tersedia dalam kemasan biru dan ungu baharu, bersama starlight dan space grey. iPad Air 11-inci bermula pada harga RM2,999 dan iPad Air 13-inci pada harga RM3,999.

Beli iPad Air dari stor rasmi di:

  • Shopee – https://invl.io/cll3iv5
  • Lazada – https://invol.co/cll3ivf

iPad Pro M4

iPad Pro terbaru kini dengan cip Apple M4 yang memberikan peningkatan prestasi sehingga 4 kali lebih pantas dari model sebelumnya.

Juga buat pertama kalinya, Apple menggunakan skrin OLED yang Apple panggilnya sebagai Ultra Retina XDR untuk iPad Pro.

Malah Apple juga berjaya menjadikan iPad Pro M4 ini lebih nipis dan lebih ringan di mana iPad Pro M4 11 inci hanya seberat 450g dan iPad Pro M4 13 inci pula 100g lebih ringan dari model sebelumnya.

iPad Pro M4 tiada lagi dilengkapi slot Nano-SIM. Kini tersedia dengan eSIM sahaja. 
Juga tiada lagi kamera 10MP ultra lebar. Hanya ada kamera lebar 12MP sahaja.

iPad Pro juga dilengkapi sambungan USB-C berprestasi tinggi dengan sokongan Thunderbolt 3 dan USB 4 yang memberikan sambungan berwayar pantas sehingga 40Gb/s.

iPad Pro M4 11-inci dan 13-inci baharu ini akan tersedia dalam kemasan warna silver dan space black dalam konfigurasi storan 256GB, 512GB, 1TB dan 2TB.

Paparan iPad Pro dengan tekstur nano hanya tersedia pada model 1TB dan 2TB sahaja.

iPad Pro M4 11-inci untuk model Wi-Fi bermula pada harga RM5,299 dan RM6,299 untuk model Wi-Fi + Cellular.

iPad Pro M4 13-inci pula bermula pada harga RM6,799 untuk model Wi-Fi dan RM7,799 untuk model Wi-Fi + Cellular.

Beli iPad Pro M4 dari stor rasmi di:

  • Shopee – https://invl.io/cll3iv5
  • Lazada – https://invol.co/cll3ivf

Apple Pencil Pro

Turut diumumkan adalah aksesori terbaru yang khusus bagi menyokong iPad Pro M4 dan iPad Air M2 iaitu Apple Pencil Pro.

Apple Pencil Pro menampilkan lebih banyak ciri dan interaksi baharu. Penderia baharu dalam laras boleh merasakan tekanan pengguna, memaparkan palet alat untuk menukar alatan, garisan dan warna dengan cepat.

Enjin haptik tersuai menyampaikan ketukan ringan yang memberikan pengesahan apabila pengguna memicit, menggunakan ketik dua kali atau menjepit ke Smart Shape.

Apple Pencil Pro juga kini dengan sokongan ciri Find My buat kali pertamanya.

Sekali gus membantu pengguna mencari Apple Pencil Pro dengan lebih mudah apabila terlupa ia diletakkan di mana.

Apple Pencil Pro baharu ini boleh didapati dengan harga RM599 (belum tersedia untuk pasaran Malaysia).

Beli aksesori Apple Pencil dari stor pihak ketiga atau stor rasmi di:

  • Shopee – https://invl.io/cll3iv5
  • Lazada – https://invol.co/cll3ivf

Magic Keyboard dan Smart Folio baharu

Satu lagi aksesori khas untuk iPad Pro M4 adalah Magic Keyboard baharu yang kini dengan ciri butang kawalan kadar kecerahan skrin dan kawalan kekuatan bunyi.

Ia juga mempunyai tempat letak tangan aluminium dan trackpad yang lebih besar yang lebih responsif dengan maklum balas haptik, memberikan pengalaman seperti menggunakan MacBook.

Magic Keyboard baharu ini dilekatkan secara magnetik, dan Smart Connector segera menyambungkan kuasa dan data tanpa memerlukan sambungan Bluetooth.

Magic Keyboard baharu ini serasi dengan iPad Pro M4 11 inci dan 13 inci. Berharga RM1,479 untuk iPad pro 11 inci dan RM1,699 untuk model 13 inci.

Akan tersedia di pasaran Malaysia bermula 15 Mei 2024.

Beli aksesori Magic Keyboard dari stor pihak ketiga atau dari stor rasmi di:

  • Shopee – https://invl.io/cll3iv5
  • Lazada – https://invol.co/cll3ivf

Logic Pro dan Final Cut Pro untuk iPad 2

Selain peranti dan aksesori, Apple turut mengumumkan aplikasi suntingan audio dan video yang di kemas kini, Logic Pro for iPad 2 dan Final Cut Pro for iPad 2.

Logic Pro for iPad 2 akan tersedia di App Store mulai 13 Mei ini yang memperkenalkan ciri-ciri baharu dan Final Cut Pro for iPad 2 pula akan tersedia lewat musim bunga ini, memperkenalkan Live Multicam, ciri baharu yang mengubah iPad menjadi studio mudah alih, membolehkan pengguna melihat dan mengawal sehingga empat peranti iPhone dan iPad yang disambungkan secara wayarles.

https://army.wiser.my/wp-content/uploads/2024/05/Apple-iPad-Pro-Final-Cut-Pro-240507.mp4

Kini didayakan AI dengan lebih pantas, pengguna aplikasi ini boleh menggunakan ciri AI seperti Scene Removal Mask dalam Final Cut Pro, di mana anda boleh mengasingkan subjek dengan mudah daripada latar belakang dalam video 4K dengan hanya satu ketikan.

Logic Pro for iPad 2 dan Final Cut Pro for iPad 2 masing masing berharga RM22.90/bulan (atau setahun RM199).

iPad Gen-10 turun harga

Selain semua yang di atas, Apple tidak lupa mengumumkan harga baru bagi model iPad gen-10 yang dilancarkan pada 2022 dahulu.

Harga baru iPad itu kini hanya bermula dari RM1,799 (Wi-Fi, 64GB) dan RM2,549 bagi model iPad WiFi+ selular dengan storan 256GB.

Beli iPad gen-10 dari stor rasmi di:

  • Shopee – https://invl.io/cll3iv5
  • Lazada – https://invol.co/cll3ivf

 

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress