Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
maxis 5g

Maxis Akan Laksanakan Perjanjian Akses 5G Dengan DNB

Diterbitkan Julai 14, 2023 · Dikemas kini Julai 14, 2023 oleh Amalina Athman

Maxis kini mengumumkan Maxis Broadband akan melaksanakan Perjanjian Akses untuk mendapatkan akses produk dan perkhidmatan 5G yang disediakan secara borong oleh Digital Nasional Berhad (DNB).

Berkaitan

  • Rasmi: DNB Kekal Sediakan 5G Sehingga Hujung 2023, Beralih Ke Sistem Dwirangkaian Tahun Depan
  • Rangkaian 5G DNB Akan Terus Diguna Walau Beralih Ke Dwirangkaian 5G - Fahmi
  • Isu Berkaitan Perjanjian DNB Dengan 'Telco' Akan Dimuktamad Seawal Hujung Jun

Menerusi Bursa Malaysia, Maxis berkata pihaknya perlu memeterai Perjanjian Akses untuk menyediakan perkhidmatan 5G kepada pelanggan. Ia berikutan pengumuman kerajaan bahawa pelaksanaan rangkaian 5G di Malaysia akan diteruskan melalui DNB sebagai satu-satunya entiti, sehingga mencapai 80% liputan di kawasan berpenduduk menjelang akhir tahun ini.

Dengan Perjanjian Akses bersama DNB kelak, ia membolehkan Maxis menyediakan perkhidmatan 5G kepada pelanggannya.

Perjanjian Akses ini dijangka akan dimeterai oleh Maxis Broadband selepas Maxis mendapat kelulusan pemegang sahamnya pada mesyuarat yang dijadualkan berlangsung suku ketiga tahun ini.

Sebelum ini, Maxis telah menangguhkan permohonan untuk mendapatkan kelulusan pemegang saham bagi memeterai Perjanjian Akses dengan DNB, sehingga kerajaan memuktamadkan dasar pelaksanaan 5G.

Sumber: Bursa Malaysia via BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
©2026 WISER.MY