Penerokaan angkasa pada zaman serba canggih ini bukan lagi satu angan-angan mat jenin. Dalam masa beberapa tahun, iaitu sekitar 2030, NASA sudah merancang untuk menghantar manusia ke marikh.
Negara China juga tidak terlepas mempunyai cita-cita yang sama. Malah, individu seperti Elon Musk dan Jeff Bezos pun juga ada misi ke Marikh tersendiri.
Salah satu perkara yang perlu dititikberatkan dalam misi tersebut adalah bagaimana mahu ke planet Marikh dalam masa yang singkat. Ini kerana, anggaran Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA), perjalanan manusia ke Marikh memerlukan masa 500 hari.
Walau bagaimanapun, selepas ini perjalanan yang panjang itu mungkin dapat disingkatkan kepada 45 hari sahaja. Bagaimana? Ia akan menggunakan sistem laser.
Menurut laporan, pasukan jurutera Universiti McGill dari bandar Montreal, Kanada telah membangunkan sistem laser thermal propulsion. Fungsinya adalah di mana cahaya laser digunakan untuk memanaskan bahan api hidrogen.
Laser besar ini akan dilepaskan dari bumi. Kemudian, ia akan mengalirkan kuasa kepada panel fotovoltaik pada kapal angkasa yang menjana kuasa elektrik. Secara tidak langsung menghasilkan tujahan.
Selepas itu, kapal angkasa tersebut akan memecut dengan laju ketika dilancarkan berhampiran bumi sebelum menuju ke Marikh pada bulan berikutnya.
Kemudian, bahagian utama seterusnya akan mendarat di Marikh. Manakala bahagian selebihnya dikembalikan ke bumi untuk dibaiki dan dikitar semula.
Seperti yang dinyatakan, misi ini tidak mustahil dan boleh menjadi kenyataan jika menggunakan roket berkuasa pembelahan nuklear. Akan tetapi ia menimbulkan risiko radiasi.
Dalam pada itu, pasukan jurutera itu mengatakan sistem laser tersebut secara tidak langsung mempunyai keupayaan mewujudkan pengangkutan pantas bagi penerokaan angkasa.
Tambah mereka, diramalkan satelit seberat 90.27 kg boleh dihantar ke Marikh dalam masa tiga hari sahaja dengan sistem laser ini.
Sumber: kosmo, scitechdaily, screenrant
Foto utama: scitechdaily
Baca juga:
-
Elon Musk Perlihat Simulasi Starship Ke Marikh, Harap Dapat Bina “Bandar Marikh”
-
Kenali Apa Itu Matahari Buatan China, 10 Kali Ganda Lebih Panas Daripada Matahari
-
Wanita Pertama Dan Individu Ketiga Di Dunia Dilapor Sembuh Daripada HIV