Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Perisian Ini Berupaya Membaca Teks Yang Dikaburkan

Posted on Februari 28, 2022

Penyelidik keselamatan dari Bishop Fox menyatakan bahawa pengguna yang cuba mengaburkan teks sebagai sia-sia kerana mereka telah berjaya membangunkan perisian yang dikenali sebagai Unredacter khusus bagi tujuan untuk membaca teks yang dikaburkan secara pixelation.

Menurut penyelidik itu, mengaburkan teks adalah tindakan yang tidak bijak kerana teks yang dikaburkan itu kononnya sebagai tujuan untuk melindungi privasi atau merahsiakan sesuatu boleh dibaca dengan menggunakan perisian yang dibangunkan mereka.

Sungguhpun perisian yang dibangunkan itu hanyalah sebagai satu konsep, tetapi penyelidik keselamatan tersebut mengesyorkan pengguna supaya sekali-kali tidak mengaburkan teks untuk tujuan rahsia atau sebagainya kerana ia terbukti boleh dibaca oleh perisian.

Penyelidik keselamatan itu menegaskan bahawa cara terbaik bagi melindungi teks yang ingin dirahsiakan pengguna itu adalah dengan menjadikan teks tersebut sebagai bar hitam sahaja.

Sumber: Bishop Fox

Baca juga:

  • Temui Kecacatan Keselamatan Pada Kamera Komputer Macintosh, Pelajar Terima USD100 Ribu Dari Apple
  • Malaysia Sambut Hari Keselamatan Internet 2022
  • 15 Daripada 23 Monyet Yang Otak Ditanam Cip Neuralink Didapati Mati

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress