Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Temui Kecacatan Keselamatan Pada Kamera Komputer Macintosh, Pelajar Terima USD100 Ribu Dari Apple

Temui Kecacatan Keselamatan Pada Kamera Komputer Macintosh, Pelajar Terima USD100 Ribu Dari Apple

Diterbitkan Januari 27, 2022 oleh ariff bukhari

Seorang pelajar keselamatan bernama Ryan Pickren dilaporkan telah memperoleh bayaran sebanyak USD100,500 dari Apple selepas pelajar itu berjaya menemui kecacatan keselamatan pada kamera komputer Macintosh.

Bayaran itu diperolehi melalui program pencarian pepijat Apple. Jumlah yang diterima pelajar itu sekaligus dipercayai sebagai bayarn terbesar pernah dibuat Apple menerusi program tersebut.

Pickren menyatakan, beliau telah berjaya mengakses kamera pada komputer Mac dengan mengeksploitasi ciri perkongsian storan awan iCloud dan apliksi pelayar  Safari 15.

Pickren juga mendedahkan, kecacatan pada ciri keselamatan kamera tersebut bukan sahaja sekadar mengaktifkan kamera, tetapi juga membolehkan seseorang penggodam mengakses sepenuhnya laman-laman sesawang yang dilayari mangsanya.

Ia sekaligus mendedahkan betapa bahayanya pepijat dan kecacatan yang wujud pada pembangunan sesebuah aplikasi. Walau dengan ciri keselamatan macOS Gatekeeper diaktifkan pun, penggodam masih mampu menyerang komputer Mac.

Berikutan itu, Pickren telah memaklumkan kepada pihak Apple pada pertengahan bulan 2021 lalu. Apple telah respon dan memperbetulkan isu tersebut pada awal Januari 2022 lalu.

Sumber: AppleInsider, Ryan Pickren

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY