Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Perisian Hasad Ini Tidak Boleh Dipadam Walaupun Factory Reset Dilakukan

Lagi Wujud Perisian Hasad Menjangkiti Peranti Android Melalui Google Play Store

Diterbitkan Februari 22, 2022 · Dikemas kini Februari 23, 2022 oleh ariff bukhari

Firma keselamatan ThreatFabric dari Belanda mendedahkan penemuan satu perisian hasad baru yang dikesan disebar melalui platfom rasmi Google Play Store.

Hasil pemerhatian mereka, perisian hasad yang dinamakan sebagai Xenomorph ini telah pun berjaya menjangkiti lebih daripada 50,000 peranti Android.

Sasaran utama Xenomorph pula adalah data-data sulit perbankan pengguna-pengguna Android di 56 buah bank Eropah.

Selain data perbankan, data akaun Gmail, Microsoft Outlook dan Yahoo Mail juga turut menjadi sasaran Xenomorph.

Xenomorph berselindung disebalik aplikasi-aplikasi yang ditawarkan di Google Play Store untuk disebar serta menjangkiti peranti Android.

Lagi Wujud Perisian Hasad Menjangkiti Peranti Android Melalui Google Play Store
Aplikasi Fast Cleaner antara platfom untuk Xenomorph mengelirukan pengguna Android. Kredit: ThreatFabric.

Menurut ThreatFabric, perisian hasad terbaru ini berupaya memintas mesej SMS dan notifikasi pengesahan 2 faktor (2FA), mengumpul data peribadi pengguna, menyelinap masuk ke dalam Play Store dan lain-lain.

Lagi Wujud Perisian Hasad Menjangkiti Peranti Android Melalui Google Play Store

Walaupun penyelidik keselamatan mengklasifikasikan Xenomorph sebagai perisian hasad perbankan yang tidak begitu merbahaya, tetapi mereka menyimpulkan bahawa Xenomorph berupaya mengancam pengguna dan boleh menjadi setara dengan perisian hasad Android merbaya yang lain jika dibiarkan.

Sumber: ThreatFabric

Baca juga:

  • Buang Segera Aplikasi Pengesahan 2 Faktor Ini Selepas Dikesan Membawa Perisian Hasad Vultur
  • Hati-Hati Dengan Sumber Windows 11 Kerana Ada Yang Mengandungi Perisian Hasad
  • Crackonosh, Perisian Hasad Baharu Dalam ‘Game’ Cetak Rompak

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
  • Aplikasi Mudah Alih MySAHAM MITI Dilancarkan
  • HLB Islamic Naik Taraf Sistem Audio Masjid Jamek Untuk Keselesaan 3,000 Jemaah
  • MRANTI Lancar Lima Mission Labs Di I-Nation 2026, Sasar Projek Rintis Dalam 12 Bulan
  • Universiti China Beli 2 Cip Nvidia H200 Walaupun Berdepan Sekatan AS
  • Pas MyKomuter50 Boleh Diaktifkan Mulai 16 November, Ini Caranya
  • Ini 9 Pengeluar Modul DRAM Pihak Ketiga Terbesar Dunia, Kingston Kuasai 62% Pasaran
  • HONOR Magic9 Pro Max Akan Dilancar Di Malaysia 24 November
©2026 WISER.MY