Seperti yang dijanjikan, OnePlus hari ini telah memperkenalkan OnePlus 10 Pro sebagai generasi baharu terkini untuk tahun 2022.
OnePlus kali ini nampaknya terus memperkenalkan model Pro tanpa mengisahkan model biasa, jadi hanya ada satu model sahaja.
Bermula dari segi rekaan, OnePlus menggunakan rekaan baharu yang mana modul kamera bersambung sekali dengan sisi bingkai telefon. Mungkin mengambil inspirasi dari siri Samsung Galaxy S21 dan Xiaomi Mi 11 Ultra.
Pada bahagian hadapan, OnePlus 10 Pro dilengkapi paparan 6.7 inci LTPO AMOLED dengan adaptif 120Hz. Panelnya adalah sedikit melengkung beresolusi 3216 x 1440 pixel (QHD+) dan dimuatkan dengan pengimbas cap jari dalam skrin.
Sebagai sebuah telefon baharu, cip pun baharu dengan penggunaan Snapdragon 8 Gen 1 bersama-sama RAM sehingga 12GB dan storan sehingga 256GB.
Kamera pula dibarisi sistem 3 lensa diketuai 48MP Sony IMX789, 50MP Samsung ISOCELL JN1 berkeluasan 150 darjah, dan telefoto 8MP.
Swafoto pula datangnya dari 32MP Sony IMX615. Kesemua kamera ini sudah ditala Hasselblad menjadikan ia generasi telefon kedua dengan Hasselblad selepas OnePlus 9 tahun lepas.
Tahun ini kapasiti bateri OnePlus lebih besar pada 5,000mAh. Pengecasan pantas juga lebih laju dengan 80W SuperVOOC serta tanpa wayar 50W AirVOOC.
Di China, OnePlus 10 Pro dijual pada harga rasmi bermula ¥4,699 (RM3,094). Untuk pasaran global, masih tiada lagi tarikh pengenalannya.
Baca juga: