Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
oppo oneplus

OnePlus Dan OPPO Bakal Bersatu Di Bawah Satu Bumbung

Diterbitkan Jun 16, 2021 oleh ariff bukhari

OnePlus, syarikat pengeluar telefon pintar terkemuka dari China kini dikhabarkan akan bergabung dengan sebuah lagi pengeluar telefon pintar juga dari China iaitu OPPO.

Menerusi tulisan oleh CEO OnePlus di forum rasmi mereka, Pete Lau mengumumkan akan berlakunya perubahan demi masa depan OnePlus.

Walaupun tidak dinyatakan secara terang OnePlus dan OPPO akan bergabung, tetapi Pete Lau memberikan bayangan akan berlakunya penggabungan antara 2 syarikat itu.

“As many of you know, last year I took on some additional responsibilities to oversee product strategy for both OnePlus and OPPO. Since then, we have integrated a number of our teams together with OPPO to better streamline our operations and capitalize on additional shared resources. After seeing positive impact from those changes, we’ve decided to further integrate our organization with OPPO.” Pete Lau, CEO OnePlus.

Jadi, jika penggabungan ini berlaku, ia mungkin akan memberikan banyak manfaat kepada pengguna sendiri.

Sebagai contoh, kemas kini sistem telefon OnePlus akan lebih cepat ditawarkan kepada penggunanya.

Selain itu,  sumber antara 2 syarikat itu akan dapat dikongsikan. Sekaligus berpotensi akan melahirkan lebih banyak kepelbagaian model telefon pintar yang akan dihasilkan oleh 2 syarikat ini.

Tetapi tidak dapat diketahui nasib sistem operasi OnePlus iaitu OxygenOS sama ada ia akan digantikan terus dengan ColorOS dari OPPO atau OxygenOS akan terus dikekalkan pembangunannya.

Namun begitu, Pete Lau menyatakan bahawa jenama telefon pintar OnePlus masih kekal bergerak sendiri dan akan terus melancarkan produk-produk terbarunya pada masa akan datang.

Walau apa pun, penggabungan OnePlus dan OPPO diharapakan bakal melahirkan lebih banyak pilihan model terbaru telefon pintar mampu milik, berkuasa serta hadir dengan rekaan yang inovatif untuk ditawarkan kepada pengguna.

Sumber: OnePlus

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY