Ikuti kami di media sosial

Berita

Perbuatan Mengintip Atau Menghendap Menerusi Aplikasi Sembang Sosial Akan Diklasifikasikan Sebagai Perbuatan Jenayah

ariff bukhari

Ditulis

pada

Dijangka akan dibentangkan di Parlimen pada Mac tahun depan.

Kerjaan Malaysia dijangka akan menguatkuasakan undang-undang baru berkaitan jenayah intip dan hendap.

Ia dimaklumkan oleh Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Peguam Jenayah, Majlis Peguam Malaysia, Muhammad Hasif Hasan, yang turut terbabit dengan pembikinan kertas cadangan undang-undang itu bersama wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Perbincangan pembikinan kertas cadangan undang-undang itu dibuat dalam Bengkel Kajian Dasar bagi mewujudkan undang-undang sedemikian di negara ini minggu lalu.

Menurut Muhammad Hasif, ia merupakan usaha bagi memberi perlindungan terhadap mangsa, sekali gus memperkasakan undang-undang sedia ada.

Jelasnya, undang-undang itu yang lebih cenderung bagi melindungi hak wanita yang terkesan selepas diganggu gugat pihak tertentu, bukan secara sentuhan sama ada melalui platform dalam talian atau realiti.

“Misalnya, perbuatan seorang lelaki itu selalu merenung wanita yang juga rakan sepejabatnya setiap hari, meskipun tanpa ungkapan cinta, tetapi perbuatan terbabit membuatkan mangsa tak selesa.” Muhammad Hasif.

Malah, perbuatan lelaki menghantar bunga setiap hari atau pesanan menerusi aplikasi sembang WhatsApp setiap malam kepada seseorang wanita hingga membuatkan mangsa berasa tidak selesa, walaupun tidak pernah mencarut sekali pun, akan dianggap sebagai mengganggu.

Beliau menegaskan, perbuatan stalking yang dialami mangsa boleh menyebabkan diri mereka tidak selesa dan ketika ini tiada akta boleh melindungi daripada situasi sedemikian.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong, berkata rang undang-undang (RUU) itu dijangka dapat dibentangkan di Parlimen, kemungkinan pada Mac tahun depan.

“Ya, akan bentang pada tahun hadapan, tetapi kita akan cuba yang terbaik dan secepat mungkin. Ada draft bill (draf RUU) dan ia perlu konsultasi dengan beberapa pihak tertentu dan Jabatan Peguam Negara. Ia memakan masa, namun kita cuba buat yang terbaik,” Datuk Liew Vui Keong.

Sumber: BHarian

Teruskan Bacaan
Advertisement
Apa Komen Anda

Tinggalkan Pandangan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Terbaru

Ikut Facebook Kami

Popular