Selain bergurau dengan rakan ketika berbual dalam WhatsApp, sticker bergerak ataupun pelekat animasi juga digunakan untuk menghantar doa atau ucapan.
Lebih-lebih lagi dengan Hari Raya Aidilfitri yang makin dekat, saya pasti setiap grup di WhatsApp akan ada yang menghantar pelekat animasi ucapan raya.
Bukan sahaja menarik, ia juga mudah dan unik untuk digunakan.
Jadi untuk artikel kali ini, ingin saya kongsikan bagaimana cara untuk menghasilkan pek pelekat animasi sendiri untuk aplikasi WhatsApp pada iOS dan Android.
Muat turun pelekat animasi
Perkara yang paling penting sekali sebelum menghasilkan pek pelekat animasi untuk WhatsApp, anda perlu memuat turun pelekat animasi atau imej berformat “.gif” terlebih dahulu.
Untuk memudahkan pencarian, anda boleh buat carian di Google dan simpan hasil carian di galeri telefon anda.
Pilihan kedua, muat turun aplikasi GIPHY di Google Play Store atau App Store. Setelah log masuk, pilih atau cari pelekat animasi yang bersesuaian.
Setelah jumpa yang menarik hati, klik tiga titik di bahagian atas kanan dan pilih “Save to Camera Roll”.
Cara hasilkan pelekat animasi di WhatsApp untuk iOS dan Android
Langkah 1: Muat turun aplikasi Sticker Maker melalui App Store atau Google Play Store.
Langkah 2: Buka aplikasi dan pergi ke “Create a new sticker pack”.
Langkah 3: Isikan nama pek pelekat dan pencipta seperti yang diminta.
Langkah 4: Pilih mana-mana ruangan kosong untuk membuat pelekat animasi.
Langkah 5: Pilih ‘Gallery’.
Langkah 6: Tunggu beberapa saat.
Langkah 7: Klik ‘Add to WhatsApp’ di bahagian bawah kiri skrin.
Langkah 8: Klik ‘Save’ untuk menyimpan pelekat animasi tersebut.
Selesai. Anda kini boleh menggunakan pelekat animasi tadi sebagai ucapan raya nanti.
Langkah yang sama boleh digunakan untuk kedua-dua peranti iOS dan Android.
Selamat mencuba!
Baca juga: