Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Ini Cara Buat Tuntutan mySalam Sehingga RM8,000

Ini Cara Buat Tuntutan mySalam Sehingga RM8,000

Diterbitkan April 18, 2022 · Dikemas kini April 18, 2022 oleh Nadiah Ab

Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, tuntutan bantuan mySalam boleh dilakukan oleh beberapa kumpulan individu yang layak.

Skim mySalam ini akan memberi manfaat berupa pembayaran tunai RM8,000 sekali seumur hidup untuk penyakit kritikal dan RM50 sehari hospitalisasi untuk maksimum 14 hari.

Sekiranya anda layak, boleh rujuk langkah di bawah untuk membuat tuntutan.

Cara membuat tuntutan mySalam untuk penyakit kritikal

Langkah 1: Layari www.mysalam.com.my dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan dan Kata Laluan yang anda terima melalui SMS. Anda juga boleh masukkan kata laluan terkini yang anda telah tetapkan.

Langkah 2: Klik bahagian ‘Tuntutan’.

Langkah 3: Muat turun borang berkenaan penyakit kritikal anda. Pastikan borang tersebut diisi oleh doktor yang merawat anda.

Langkah 4: Muat naik borang tadi yang lengkap diisi serta salinan Kad Pengenalan anda (depan dan belakang).

Langkah 5: Semak segala butiran yang diisi dan klik ‘Hantar’ untuk melengkapkan proses tuntutan.

Anda selesai membuat penghantaran tuntutan mySalam untuk penyakit kritikal.

Cara membuat tuntutan mySalam untuk hospitalisasi

Langkah 1: Layari www.mysalam.com.my dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan dan Kata Laluan yang anda terima melalui SMS. Anda juga boleh masukkan kata laluan terkini yang anda telah tetapkan.

Langkah 2: Klik bahagian ‘Tuntutan’.

Langkah 3: Masukkan butiran yang diperlukan.

Langkah 4: Muat naik salinan Nota Discaj serta salinan depan dan belakang Kad Pengenalan anda.

Langkah 5: Semak segala butiran yang diisi dan klik ‘Hantar’ untuk melengkapkan proses tuntutan.

Anda selesai membuat penghantaran tuntutan mySalam untuk hospitalisasi.

Apa yang perlu dilakukan selepas menghantar tuntutan?

Setelah selesai membuat penghantaran sama ada untuk penyakit kritikal atau hospitalisasi, butiran tuntutan anda akan disemak dan diproses untuk kelulusan.

Bayaran tuntutan yang diluluskan nanti akan dimasukkan terus ke akaun penerima.

Semakan status tuntutan boleh dibuat melalui portal mySalam di www.mysalam.com.my.

Sumber: mySalam

Baca juga:

  • mySalam: Skim Bantuan Sehingga RM8,000, Ini Cara Semak Kelayakan
  • Ini Cara Semak Baki Kredit Touch ‘n Go Pada MyKad Anda
  • KKM Membenarkan Warga Emas Mengambil Suntikan ‘Booster’ Kedua

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
  • Pas MyKomuter50 Diperkenalkan, Pengguna Jimat Sehingga RM160/bulan
  • Belanjawan 2027: Peminjam PTPTN Berpendapatan RM2,500 Ke Bawah Boleh Tangguh Bayaran Balik
©2026 WISER.MY