Peranti Telefon Nokia Ini Dijamin Akan Mendapat Kemaskini Hingga Android P

HMD Global sebagai pemegang lesen untuk mengeluarkan peranti telefon pintar Nokia telah memberi jaminan akan tetap mengemaskini sistem operasi Android untuk peranti Nokia yang sudah dikeluarkan setakat ini.

Setakat ini peranti Nokia 6, 5 dan 3 telah disahkan akan menerima kemaskini Android Oreo. Semasa sesi soal jawab sempena pelancaran Nokia 8 di Filipina, pihak Nokia telah memberi jaminan peranti yang dilancarkan akan menerima kemaskini Android P.

Peranti yang dimaksudkan adalah Nokia 8, 6, 5 dan juga Nokia 3. Ini merupakan langkah HMD Global untuk menarik peminat Android untuk membeli peranti Nokia.

Dalam perkembangan yang sama, HMD Global telah memulakan ujian beta Android Oreo untuk Nokia 8 dan dijangka akan mengeluarkan kemaskini tersebut pada hujung bulan Oktober ini.

Bagi peranti-peranti lain pula, Android Oreo bakal menemui mereka pada penghujung Disember.

Sumber