Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Peranti iPad Kini Dikuasakan Oleh iPadOS

Peranti iPad Kini Dikuasakan Oleh iPadOS

Diterbitkan Jun 5, 2019 oleh ariff bukhari

iPad tidak lagi menggunakan sistem operasi iOS.

Selain daripada perkenalkan versi terkini sistem operasi iOS 13 dan macOS 10.15 Catalina, Apple turut mengumumkan sistem operasi terbaru yang dibangunkan mereka khusus bagi peranti iPad. Sistem operasi untuk iPad ini dipanggil sebagai iPadOS.

Menurut Apple, dengan sistem terbaru yang khusus dibangunkan untuk iPad ini, iPadOS akan menjadikan iPad sebagai peranti yang lebih berkuasa dengan pelbagi ciri-menarik daipada versi sebelumnnya.

Aplikasi seperti pelayar Safari juga menyokong penuh ciri-ciri yang sepertimana ada pada versi komputernya. Malah ia juga dilengkapi dengan ciri Download Manager, menyokong sambungan storan USB dan kad SD  serta arahan menggunakan 3 jari bagi mengaktifkan fungsi salin dan tampal serta banyak lagi.

Peranti iPad Kini Dikuasakan Oleh iPadOS
Antaramuka iPadOS di peranti iPad Pro.

Apple Pencil juga turut disertakan dengan ciri baru yang dioptimasikan bersama iPadOS.

iPadOS bagi versi pembangun sudah boleh dimuat turun bagi mereka yang berdaftar dengan Apple Developer Program. Versi beta untuk pengguna umum pula dijangka akan boleh dimuat turun dalam bulan Julai nanti. Manakala versi penuhnya utnuk semua pengguna iPad hanya akan tersedoa dimuat turun dalam bulan September nanti.

Berikut adalah senarai model-model iPad yang menyokong iPadOS:-

  • 12.9″ iPad Pro
  • 11″ iPad Pro
  • 10.5″ iPad Pro
  • 9.7″ iPad Pro
  • iPad (generasi ke-6)
  • iPad (generasi ke-5)
  • iPad mini (generasi ke-5)
  • iPad mini 4
  • iPad Air (generasi ke-3)
  • iPad Air 2

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY