Peranti 'Bajet' Tapi Tak Laku, Apple Kurangkan Pengeluaran iPhone SE

Menurut laporan dari Nikkei Asia, Apple bakal mengurangkan pengeluaran iPhone SE bajet baharunya berikutan permintaan yang tak berapa memuaskan dan kurang dari yang dijangka.

Apple dilaporkan telah meminta pembekal untuk mengurangkan pengeluaran telefon pintar 5G baharunya, sebanyak kira-kira 2 juta unit kepada 3 juta unit, kira-kira 20% daripada pesanan awal pengeluaran.

Penurunan pengeluaran ini turut dipercayai kesan daripada perang Ukraine dan kesan negatif inflasi terhadap permintaan elektronik.

Tambahan pula, iPhone SE tidak begitu popular jika dibandingkan dengan iPhone Apple yang lebih mahal.

Beberapa syarikat teknologi besar, termasuk Apple, telah menghentikan jualan di Rusia berikutan pencerobohannya ke atas Ukraine.

Amerika Syarikat, Jepun, Korea Selatan dan Taiwan semuanya mengenakan sekatan ekonomi ke atas Rusia atas tindakan itu, mengganggu rantaian bekalan dan meningkatkan risiko inflasi.

Sementara itu, turut dilaporkan jualan iPhone SE mungkin terhad di China, di mana penganalisis berkata masa utama penghantaran telah dipanjangkan dan pengambilan di kedai tidak tersedia dek kerana lockdown.

Terdahulu, iPhone SE dilancarkan pada 18 Mac 2022.

Walaupun dipasarkan sebagai produk bajet, harga jualan iPhone SE yang bernilai US$429 tetap mengejutkan berbanding model US$399 yang dilancarkan Apple pada tahun 2020.

Sumber: TechCrunch

Baca juga: