Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
gaming monitor

Perancis Haramkan Istilah Inggeris Seperti ‘Streaming’, Martabat Bahasa Sendiri

Diterbitkan Jun 3, 2022 · Dikemas kini Jun 3, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Kerajaan Perancis secara rasmi mengharamkan istilah Inggeris dalam arena ‘gaming’ dan mewajibkan penggunaan perkataan Perancis, lapor AFP.

Justeru, pihak berwajib sudah menyenaraikan sebilangan perkataan untuk menggantikan perkataan Inggeris, contohnya:

  • “cloud gaming” ialah “jeu video en nuage”
  • “eSports” ialah “jeu video de competition”

Sentimen ini sebenarnya sudah lama wujud di sana ditambah pula dengan slogan “Made in France” dalam kempen ahli politik mereka.

Kementerian Kebudayaan mereka mengatakan penggunaan frasa Inggeris yang terlalu banyak dalam sektor permainan video ini menjadi tembok penghalang bagi mereka yang tidak bermain atau tidak bercakap bahasa Inggeris.

Penguatkuasaan sejak Isnin ini bermakna semua urusan rasmi dan kakitangan kerajaan wajib menggunakan istilah dalam Perancis sahaja seperti disenaraikan.

Pun begitu, sesetengah media berpendapat ia mungkin tidak dapat diimplimentasi sehingga ke peringkat rakyat biasa yang sudah terbiasa dengan frasa Inggeris.

Kata menteri lagi, ini membolehkan rakyat Perancis untuk berkomunikasi dengan lebih mudah.

Terdahulu, l’AcadĂ©mie française telah melaksanakan usaha sama seperti menggantikan Wi-Fi dengan l’access sans fil Ă  internet namun gagal.

Baca juga:

  • Muslim Pro Kini Berdepan Saman Oleh Pengguna Di Perancis Atas Isu Perkongsian Data
  • Mana Yang Betul? esukan, E-sukan Atau e-sukan? Ini Jawapannya
  • Apple Dilapor Mula Menguji iPhone Dengan USB-C Tapi Mungkin Hanya Dijual Di Eropah

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY