Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
data pengguna Muslim Pro

Muslim Pro Kini Berdepan Saman Oleh Pengguna Di Perancis Atas Isu Perkongsian Data

Diterbitkan November 25, 2020 oleh Meor Hasyim

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita mengenai penjualan data aplikasi Muslim Pro kepada tentera Amerika Syarikat.

Lantaran dari itu, pihak Muslim Pro telah serta merta memutuskan hubungan perniagaan dengan X-Mode iaitu pihak ketiga yang mengumpul data Muslim Pro.

Terbaharu, Muslim Pro kini berdepan dengan pelbagai saman oleh pengguna di Perancis disebabkan isu penjualan data ini.

Melalui saman tersebut, ia mendakwa syarikat Muslim Pro menyalahgunakan data, membahayakan nyawa orang lain dan juga berkonspirasi terhadap pembunuhan.

Walaupun Muslim Pro menafikan tuduhan penjualan data kepada tentera Amerika, dengan mengakui hubungan perniagaan bersama X-Mode, mereka secara tidak langsung mengiyakan hubungan perkongsian data tersebut.

Sumber: Middleeasteye

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY