Penyelidik Cipta Bateri Sekecil Garam Yang Diinspirasi Daripada Swiss Roll

Antara peranti yang memerlukan kuasa daripada bateri yang bersaiz mikro ialah seperti yang sensor yang dipakai atau dimasukkan ke dalam badan manusia. Antara isu dihadapi ialah bagaimana bateri bersaiz sedemikian mampu menghasilkan tenaga?

Dengan penjana micro-thermoelectric, ia menukarkan haba kepada elektrik namun kuasa dihasilkan terlalu sedikit. Getaran mekanikal juga boleh dijadikan sumber kuasa untuk peranti bersaiz kecil. Selain itu, sel fotovoltaik yang menukarkan cahaya kepada elektrik turut boleh digunakan tetapi isunya ialah cahaya dan getaran tidak tersedia pada bila-bila masa dan tempat. Jadi, di sinilah fungsi bateri bersaiz mikro berkuasa tinggi diperlukan.

Kapsyen: Dr. Minshen Zhu dan Professor Dr. Oliver Schmidt


Beberapa penyelidik daripada Chemnitz University of Technology iaitu Dr. Minshen Zhu dan Prof. Dr. Oliver Schmidt, penyelidik daripada Leibniz Institute for Solid State and Materials Research dan Changchun Institute of Applied Chemistry telah membentangkan penyelesaian kepada isu ini.

Dengan menggunakan teknik "origami mikro" atau "Swiss roll", ringkasnya lapisan bateri akan tergulung secara sendirinya dan dapat menjimatkan ruang tanpa mengurangkan kuasa yang dibawanya. Lapisan ini disalut dengan bahan yang mempunyai polimer, logam dan dialektrik. Lapisan nipis yang dikupas akan menghasilkan tekanan mekanikal yang membuatkannya tergulung secara automatik tanpa memerlukan daya luar.



Bateri terkecil di dunia ini mampu menampung 100 mikrowatt setiap sentimeter persegi.

Mereka percaya bateri mikro ini mampu menjana cip komputer selama 10 jam. Jika teknologi ini berjaya diaplikasikan, maka kita akan dapat lihat masa depan yang cerah untuk bidang perubatan, IoT, mikrorobotik dan lain-lain.

Sumber: Chemnitz University of Technology

Baca juga: