Penjual Di China Jual Kad Grafik Pada Harga 38% Lebih Rendah Daripada Harga Rasmi

Krisis matawang kripto yang berlaku sebelum ini, telah membawa kepada ketidakstabilan dalam industri perlombongan kripto di China. Seterusnya, krisis tersebut membawa kepada lambakan kad-kad grafik yang terpaksa dijual bawah harga pasaran oleh pelombong-pelombong kripto yang mengalami kerugian.

Kapsyen: Pelombong-pelombong kripto China menjual GPU secara lelong


Pada ketika ini di China, kesan krisis tersebut terhadap pasaran GPU ini semakin parah di mana stor terpaksa merendahkan lagi harga jualan dan pelombong pula menjual GPU dalam kuantiti yang banyak sekaligus.

Harga Asal Yang Mahal Menjadi Murah Tidak Masuk Akal


Setakat minggu lepas, bayangkan sahaja RTX 3090 Ti hanya dijual pada harga USD1,415 (~RM6,200) berbanding harga yang dicadangkan USD2,234 (~RM9,999). Pengurangan harga yang berlaku dipasaran China ketika ini adalah sekitar 38% untuk RTX 3090 Ti.

Nilai itu cukup besar bagi sebuah produk elektronik seperti GPU dan malahan berlaku dalam masa yang singkat sahaja. Selain RTX 3090 Ti, boleh dikatakan hampir semua model GPU dalam siri RTX 3000 dan AMD mencatatkan penurunan harga di "Tanah Besar" sana.

Penurunan GPU AMD yang paling terkesan adalah Radeon RX 6900 XT yang dijual serendah USD744 (~RM3,300) sahaja. Padahal, harga MSRP (Harga Runcit Cadangan Pengeluar) nya adalah USD1,191 (~RM5,300) yang dicadangkan AMD.

Kapsyen: Sumber: Baidu


Dalam beberapa bulan lagi, mungkin kita akan melihat harga GPU daripada NVIDIA akan berada dalam harga yang hampir sama dengan barisan GPU AMD dan berkemungkinan besar NVIDIA akan menangguhkan pelancaran untuk siri RTX 4000.

Sumber: wccftech

Gambar utama: PC Gamer