Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
PM Tepi Bro

Peniaga ‘Online’ Tak Letak Harga Jualan? Ini Yang Patut Anda Lakukan

Diterbitkan Julai 9, 2021 ยท Dikemas kini September 29, 2022 oleh Amsyar Latif

Situasi pandemik COVID-19 yang masih berlarutan hingga kini membuatkan peniaga dalam talian bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Terlalu banyak produk yang dijual tidak kira di platform Facebook, Twitter, Instagram, TikTok dan sebagainya.

Seperti yang diketahui, pasti anda biasa berhadapan dengan peniaga yang menyuruh “PM Tepi”. Sebenarnya, peniaga boleh untuk “PM Tepi” dengan syarat memenuhi kriteria seperti memaparkan:

  • Nama penjual/syarikat
  • Nombor pendaftaran perniagaan
  • Keterangan produk
  • Harga perlu dibayar
  • Maklumat untuk dihubungi
  • Kaedah pembayaran
  • Anggaran masa penghantaran
  • Terma dan syarat

Namun, sehingga kini masih ada lagi segelintir peniaga yang degil dengan tidak memaparkannya terutama harga jualan. Apabila pelanggan bertanya, mereka akan menjawab “PM Boss”.

Oleh itu, sebagai pembeli ‘online’ yang tegar, ini yang patut anda lakukan terhadap peniaga yang berdegil ini.

Terdapat beberapa cara yang anda boleh lakukan, iaitu:

  1. Membuat aduan di pautan – https://e-aduan.kpdnhep.gov.my/kepenggunaan
  2. Menghubungi talian – 1800886800
  3. E-mel ke [email protected]
  4. Menggunakan aplikasi telefon pintar – Ez ADU KPDNHEP
  5. WhatsApp ke – 019-2794317

Kepada anda yang sedang menjalankan perniagaan dalam talian, pastikan anda mematuhi peraturan tersebut. Jika tidak, anda boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara dua tahun bagi individu serta denda maksimum RM100,000 bagi syarikat.

Berkaitan

  • Masih Guna Nama Pelik Pada Gmail? Ini Cara Ubah Ke Nama Profesional
  • Cara Kurangkan Kegelisahan Tentang Storan iPhone Yang Dah Berkurang
  • Ramai Yang Ambil Mudah, Kenali Maksud Di Sebalik 'PSU Rating'

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY